Tubuh Coklat

Mengikut satu kajian yang dijalankan di USA baru-baru ini, orang sihat yang bersenam dan juga kerap memakan coklat, lebih cenderung untuk mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) yang lebih rendah daripada meraka yang jarang memakannya.

Kaji selidik ke atas lebih daripada 1,000 penduduk dewasa, yang diterbitkan sebagai laporan penyelidikan di Arkib Perubatan Dalaman, mengukuhkan lagi tanggapan bahawa coklat padat dengan manfaat untuk jantung yang sihat, walaupun mempunyai kalori dan kandungan gula yang tinggi.

Peserta dalam kajian tersebut, yang berusia antara 20 hingga 85, dilaporkan memakan coklat purata dua kali seminggu, dan melakukan senaman sebanyak purata 3.6 kali seminggu. Baca selanjutnya »

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
Tags:

Senaman Untuk Kuruskan Badan

Senaman penting untuk menghilangkan berat badan yang berlebihan dan mengawalnya. Tubuh kita dicipta untuk menjadi aktif, dan gaya hidup zaman ini yang kurang aktif menjadikannya satu cabaran kepada semua. Pekerja kolar putih merupakan sebahagian besar dari tenaga kerja, dan mereka mendapat senaman yang sangat sedikit setiap hari. Jika anda termasuk di dalam kategori ini, usaha bersepadu perlu dibuat untuk memastikan regimen senaman yang diikuti mampu memberikan anda tahap aktiviti yang akan menyediakan jumlah aktiviti yang diperlukan untuk kekal sihat dan mengelakkan obesiti.
Baca selanjutnya »

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
Tags:

Haruskah Menimbang Berat Badan Setiap Hari Ketika Berdiet?

Bolehkah menimbang berat badan setiap hari ketika berdiet? Ini merupakan soalan yang lazim ditanya oleh mereka yang mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan. Walaupun ramai pakar penurunan berat badan seperti Weight Watchers tidak menggalakkan pengamal diet menimbang berat badan mereka setiap hari, kajian ke atas 1,800 orang pengamal diet yang dijalankan oleh para penyelidik dari Universiti Minnesota, USA mendapati mereka yang menimbang berat badan mereka setiap hari kehilangan berat badan yang lebih banyak dalam tempoh dua tahun berbanding dengan mereka yang hanya menimbang berat badan sekali seminggu.

Sebab utama mengapa pengamal diet tidak digalakkan untuk menimbang berat badan setiap hari adalah kerana ia boleh membawa kepada obsesi timbang yang tidak sihat, yang akhirnya menyebabkan gangguan makan. Oleh itu walaupun menimbang berat badan setiap hari mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang dalam usaha mereka untuk menurunkan berat badan, namun mereka yang mempunyai masalah gangguan makan tidak digalakkan berbuat demikian.

Baca selanjutnya »

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks

Detoksifikasi dan Diet Makanan Segar – Bhg. 2

Bagaimana dengan protein? Anda boleh mengambil mana-mana serbuk protein asli yang boleh didapati di farmasi atau di pasar raya. Serbuk ini boleh ditambah terus dalam jus anda seperti yang dicadangkan pada bungkusan. Anda mungkin mahu menggunakan pengisar untuk mengadun serbuk dengan jus.

[Nota: NutraStart boleh dijadikan minuman untuk membekalkan protein yang diperlukan]

Pastikan anda meminum lapan gelas (8 aun) air bersama-sama dengan jus anda semasa berpuasa jus, dan sepatutnya setiap hari mulai dari sekarang. Air penting untuk membantu badan mengeluarkan toksin. Juga, minum jus anda perlahan-lahan untuk membantu penghadaman dan menikmati rasanya. Menikmati rasa adalah sangat penting bukan sahaja untuk memuaskan selera anda, tetapi juga berat badan anda. Apabila kita tidak merasai makanan kita dan minum dengan betul, kita mempunyai kecenderungan untuk makan lebih dan menambah berat badan. Hirup jus anda dengan cara yang sama seseorang menghirup koktel; jadikan ia pengalaman yang menyeronokkan.

Baca selanjutnya »

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks

Bagaimana Mengekalkan Motivasi Untuk Kuruskan Badan

Bila berbicara tentang motivasi untuk kuruskan badan, ramai yang merasakan ia adalah sesuatu yang telah hilang entah ke mana. Jadi bagaimana cara menemukan kembali motivasi untuk kuruskan badan?

Langkah pertama adalah mempastikan yang anda mempunyai sasaran. Sekiranya seseorang berkata, “Saya mencuba untuk menurunkan berat badan”, mereka akan menghadapi jalan sukar dan peluang untuk mereka berjaya dalam program diet mereka adalah tipis.

Mengapa? Baca selanjutnya »

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks