3 Petua Diet Yang Sihat

Wednesday, August 10, 2011 22:21
Pos Dalam Kategori Tips Kuruskan Badan

No. 1: Minum 8-10 gelas air setiap hari

Baiklah, bagi ramai orang, ini adalah satu masalah besar. Secara amnya rasa air tidaklah begitu hebat sebab rasanya tak seperti minuman atau makanan lain. Mudah untuk minum air 8 hingga 10 kali setiap hari jika anda benar-benar melakukannya. Sebenarnya anda hanya perlu membiasakan diri, bila dah selalu buat ia akan jadi mudah. Bila anda dan mula amalkan, anda akan mula mendambakannya.

Sebagai permulaan, anda perlu minum segelas air bila bangun waktu pagi, sebelum anda makan apa-apa. Ini mungkin gelas yang paling mudah untuk anda minum sepanjang hari dan ia akan membantu anda mengingati untuk minum air sepanjang hari. Lebih baik lagi, mengapa tidak minum dua gelas?

Jika anda benar-benar tidak suka rasa air, cuba gunakan penapis air. Anda juga boleh menambah beberapa titik lemon atau limau – tetapi jangan tambah gula atau pemanis! Ais juga boleh membantu.

No. 2: Makan sarapan pagi

Jangan tinggal sarapan pagi. Jika anda perlu tidur sedikit lebih awal supaya dapat bangun 20 minit awal untuk sarapan, lakukannya! Sarapan pagi sangat penting untuk kesihatan dan mengawal berat badan. Menurut Dr Barbara Rolls, seorang profesor pemakanan di Penn State University, “Kadar metabolisme anda perlahan ketika anda sedang tidur, dan ia tidak akan aktif semula sehingga anda makan lagi.”

Makan sarapan pagi tidak hanya baik untuk penurunan berat badan secara keseluruhan, ia juga akan membantu anda untuk setia dengan diet anda di sepanjang hari. Anda akan lebih cenderung untuk berpesta dengan sesuatu yang manis dan makanan dalam kumpulan “roti” jika anda skip sarapan pagi.

Anda boleh simpan beberapa biji telur rebus di dalam peti sejuk atau beberapa makanan serat tinggi, dan buah-buahan rendah kanji. Jika anda bercadang untuk hanya memakan buah-buahan di sepanjang hari, sarapan pagi adalah masa terbaik untuk melakukannya.

No. 3: Makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan snek setiap hari

Ini mungkin menjadi salah satu penyesuaian yang paling sukar untuk dilaksana. Kitakan sibuk! Anda sudah menghabiskan “sepinggan penuh”. Mana lagi ada masa untuk fikir fasal mengisi pinggan dengan lebih kerap?

Makan lebih kerap akan meningkatkan metabolisme anda, sama seperti makan sarapan pagi. Ia juga akan membantu anda mengawal tabiat buruk mengambil karbohidrat yang banyak dengan memastikan anda memakan makanan ringan secara kerap.

Sebenarnya anda tidak memerlukan masa yang lama untuk merancang mendapatkan dan menyediakan beberapa pilihan makanan dan makanan ringan yang sihat.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “3 Petua Diet Yang Sihat”

  1. nor syakila idayu says:

    April 23rd, 2012 at 9:37 pm

    hye,..,bagaimanakah untuk menghilangkan perut buncit selain daripada untuk kuruskan badan?

  2. Brahem says:

    August 4th, 2012 at 7:07 pm

    lakukan senaman yang melibatkan otot-otot perut, tarik nafas dan lepaskan jga termasuk dlm senaman yg melibatkan otot-otot perut.

Komen Anda: