5 Cara Hebat Untuk Bakar Lebih Banyak Lemak

Tuesday, August 2, 2011 12:22
Pos Dalam Kategori Tips Kuruskan Badan

Hari ini saya akan kongsi lima cara untuk membakar lebih banyak lemak:

  1. Jangan makan karbohidrat tidak berkualiti sebelum tidur. Karbohidrat tidak berkualiti adalah makanan yang mengandungi gula atau yang diproses. Ini termasuk kebanyakan bijirin sarapan, roti, makanan snek, gula-gula, dan malah beberapa jus siap pek.
  2. Tingkatkan jisim otot anda dengan bersenam atau membuat latihan ketahanan. Semakin kurang lemak pada otot, semakin banyak kalori akan dibakar walaupun anda sedang berehat.
  3. Jangan biarkan diri anda terlalu lapar atau terlalu kenyang, kesederhanaan. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  4. Gandakan senaman anda. Kajian menunjukkan mereka yang melakukan senaman 30 minit di waktu pagi dan kemudian 30 minit di waktu petang akan kehilangan lebih lemak daripada mereka yang melakukan hanya satu sesi selama 60 minit.
  5. Lebihkan makanan berserat tinggi. Kebanyakan kita tidak mendapat serat yang mencukupi dalam diet harian kita. Serat bukan sahaja menggalakkan kesihatan am keseluruhannya, tetapi juga boleh membantu dalam usaha pembakaran lemak.

Jumpa lagi!!!

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: