5 Langkah Mudah Untuk Kuruskan Badan

Thursday, January 24, 2013 19:11
Pos Dalam Kategori Tips Kuruskan Badan

Ramai di antara kita yang tidak mempunyai masa untuk menukar gaya hidup secara mendadak untuk kuruskan badan. Kita memerlukan cara yang praktikal dan mudah untuk menyepadukan tabiat baik dalam kehidupan seharian kita. Langkah-langkah berikut adalah cara mudah dan praktikal untuk anda menurunkan berat badan dan merasa lebih sihat.

  1. Minum Air! Air bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga. Semua proses metabolik dalam badan menggunakan air justeru meminum banyak air membantu badan berfungsi secara optimum. Ia juga membantu anda mendapat yang terbaik — kebanyakan dari sakit kepala dan keletihan yang biasa dialami mungkin disebabkan kekurangan pengambilan air.
  2. Makan Sarapan Pagi! Ramai yang tidak menyedari nilai sebenar sarapan pagi. Ia bukan sahaja meningkatkan tenaga untuk hari yang panjang di hadapan, tetapi ia juga memastikan metabolisme anda terkawal. Meninggalkan sarapan pagi boleh meletakkan badan ke dalam “mod survival” yang bermaksud ia mula mengumpul dan menyimpan lemak, bukan membakarnya.
  3. Bersenam! Ia tidak boleh diambil mudah: penurunan berat badan yang berjaya dan mampan memerlukan komitmen untuk melakukan aktiviti fizikal. Cara terbaik untuk setia kepada aktiviti fizikal adalah melakukannya setiap hari. Luangkan sedikit masa setiap hari untuk pergi berjalan-jalan, melakukan senamrobik, atau apa jua aktiviti yang anda gemari. Pelbagaikan supaya anda tidak bosan dengannya. Dalam masa yang singkat anda akan bukan sahaja sudah biasa dengannya, tetapi anda juga akan berasa lebih sihat dan cergas!
  4. Pilih Kepelbagaian! Jangan biarkan trend diet popular mengelirukan anda: Karbohidrat juga adalah baik untuk anda! Malah, karbohidrat adalah apa yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dan sangat penting untuk fungsi badan yang betul. Mengamalkan diet tinggi protein untuk tempoh masa yang panjang boleh bukan sahaja menyebabkan sakit kepala, tetapi juga memberi tekanan yang besar ke atas buah pinggang. Perkara yang penting adalah untuk makan pelbagai jenis makanan. Ini termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan juga karbohidrat. Hanya ingat untuk bijak memilih jenis-jenis karbohidrat yang anda makan: sebagai contoh, pilih gandum penuh berbanding gandum putih.
  5. Makan perlahan-lahan! Kebanyakan dari kita sentiasa ingin cepat, namun adalah penting untuk kita mengambil masa untuk mendengar (listen) badan kita. Makan dengan cepat tidak memberi masa kepada badan kita untuk memberitahu otak kita bahawa telah cukup kita makan. Oleh itu kita terus makan sehingga buncit perut. Makan dengan lebih perlahan membolehkan kita untuk mengetahui bila kita sudah cukup makan dan perlu berhenti, ia juga membantu kita merasa dan menikmati makanan yang kita makan.

Apa yang penting dalam menguruskan badan adalah memberi badan kita apa yang ia perlukan. Ini bermakna minum banyak air, makan makanan yang sepatutnya (seimbang) dan patuhi waktu makan, kekal aktif, dan berikan masa kepada perut kita untuk ia beritahu kita ia sudah penuh. Badan kita akan memberikan kita ganjaran atas keperihatinan kita.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: