7 Tips Kurus Teratas

Monday, August 6, 2012 15:07
Pos Dalam Kategori Tips Kuruskan Badan

Motivasi untuk kekal berdiet agak sukar difahami. Tips kurus berkesan diperlukan untuk menangani masalah berat badan yang naik turun, mula-mula turun, kemudian naik, turun dan naik balik. Ianya meletihkan dan menghilangkan semangat.

Disenaraikan 7 tips kurus untuk membantu anda kuruskan badan dan mengekalkan motivasi anda untuk kuruskan badan.

Tips 1 – Tahu Apa Yang Anda Mahu

Pastikan anda tahu dengan tepat banyak mana berat badan anda mahu turunkan. Tak cukup dengan hanya kata nak turunkan beberapa kilo. Tentukan berapa berat badan yang anda sasarkan dan berapa banyak yang perlu diturunkan.

Tips 2 – Jauhi Alat Penimbang

Jangan timbang berat badan anda setiap hari, ia akan menjejaskan motivasi kuruskan badan dan membuat anda kecewa. Sebaliknya, tetapkan satu hari dalam seminggu di mana anda akan menimbang diri sendiri dan timbang berat badan pada hari yang sama setiap minggu (saya syorkan hari Isnin kerana anda mungkin paling berat pada hari itu kerana beraya di hujung minggu!).

Tips 3 – Ukur Diri Anda

Sering kali penurunan berat badan tidak ketara di peringkat awal, tetapi ukuran lain akan lebih ketara justeru ukur dada, pinggang, pinggul dan paha dan rekodkan keputusannya.

Tips 4 – Pantau Kemajuan Anda

Motivasi datang dari melihat hasil, jadi pantau penurunan berat badan dan ukuran anda. Anda akan dapati diri anda lebih bermotivasi untuk kuruskan badan.

Tips 5 – Makan Secara Tetap

Kebanyakan mereka yang berdiet berfikir bahawa dengan melangkau waktu makan mereka akan menurunkan berat badan dengan cepat. TIDAK! Bukan itu caranya. Jika anda melangkau waktu makan, tubuh anda akan fikir yang anda akan kebuluran justeru ia melonggokkan lemak untuk terus hidup. Makan ikut waktu biasa.

Tips 6 – Jangan Halang Diri

Kebanyakan mereka yang berdiet akan mengelakkan diri dari makanan seperti coklat, kek dan sebagainya. Masalahnya adalah apabila anda menghalang diri dari sesuatu, anda mahu lebih. Sebaliknya PILIH untuk tidak makan, dan anda akan berjaya mengawalnya. Kadang-kadang, anda boleh pilih untuk memakannya, yang juga bagus.

Tips 7 – Minum, Minum, Minum

TIDAK, saya tidak maksudkan minuman keras. Maksud saya, air kosong atau air mineral. Minum banyak kerana ia akan mengepam toksin daripada sistem anda dan membantu anda kekal sihat. Pakar mencadangkan minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari. Elakkan minuman berkafein dan berkarbonat kerana ia tidak membantu menghilangkan dahaga atau membuang toksin daripada sistem tubuh anda.

7 tips kurus untuk motivasi dan kejayaan kuruskan badan akan membantu anda menurunkan berat badan dengan mudah, tanpa banyak masalah..

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “7 Tips Kurus Teratas”

  1. tips says:

    August 8th, 2012 at 8:50 am

    PILIH untuk tidak makan itu adalah sesuatu yang agak sukar.. (“,)

  2. Brahem says:

    August 9th, 2012 at 8:15 am

    PILIH utk tidak makan bermaksud membuat pilihan secara sedar utk tidak makan sesuatu makanan, atau dgn kata lain anda mengawal keadaan. YA, memang agak sukar. Namun jika ‘niat’ untuk kurus tu cukup besar/kuat, yg susah akan jadi senang.

    Sebagai perbandingan: Ada mamat ni, seorang perokok tegar – susah nak berhenti katanya; doktor dia kata kalau tak berhenti dia akan mati – dia terus berhenti merokok.

Komen Anda: