Apa Itu Obesiti?

Saturday, May 28, 2011 23:13
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Obesiti adalah penyakit yang melibatkan sekitar 60 juta orang di Amerika Syarikat, dan kebanyakannya wanita. Lebih dari satu pertiga wanita yang berusia antara 20 dan 74 adalah obes atau gemuk. Dengan semakin banyak makanan segera dan semakin kurang aktiviti, jumlah mereka yang obes di Amerika Syarikat terus meningkat. Di Malaysia, 40 peratus daripada orang dewasa mengalami kegemukan atau berat badan berlebihan.

Tetapi apa itu obesiti? Ramai orang berfikir bahawa obesiti bererti seseorang kelebihan berat badan, tetapi itu tidak sepenuhnya benar. Orang yang kelebihan berat badan memiliki jumlah kelebihan berat badan yang merangkumi otot, tulang, lemak, dan air. Orang yang obes atau gemuk mempunyai kelebihan lemak tubuh. Kebanyakan ahli kesihatan sepakat bahawa seseorang itu gemuk jika ia mempunyai lebih daripada 25 peratus lemak tubuh, dan seorang wanita gemuk jika dia mempunyai lebih daripada 30 peratus. Secara fisiologi perempuan memiliki lemak tubuh lebih banyak daripada lelaki, sebab itulah terdapat perbezaan dalam peratusan.

Adalah susah untuk menentukan peratusan yang tepat untuk lemak tubuh seseorang, tetapi anggaran boleh dibuat dalam beberapa cara. Pertama, dengan menggunakan alat pengapit yang dipanggil caliper, anda boleh mengukur ketebalan lipatan kulit anda di titik yang berbeza dan bandingkan dengan angka rujukan. Anda juga boleh menggunakan peranti kecil yang menghantar arus elektrik tidak berbahaya melalui tubuh anda dan ia mengukur peratusan lemak tubuh anda. Kaedah yang biasa digunakan untuk menentukan apakah seseorang itu gemuk adalah dengan melihat Body Mass Index (BMI) mereka. Seseorang dengan BMI lebih daripada 30 dianggap gemuk, dan BMI lebih daripada 40 dianggap sangat gemuk. Perlu diingat bahawa BMI boleh mengelirukan untuk wanita hamil atau menyusui dan juga pada individu berotot.

Obesiti akan disusuli dengan peningkatan risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes jenis II, penyakit jantung, dan kanser payudara, usus, dan prostat. Selain itu, obesiti juga dikaitkan dengan keadaan kesihatan mental seperti murung atau perasaan malu dan rendah diri. Ahli kesihatan mengatakan bahawa kehilangan 10 hingga 15 peratus daripada berat badan secara dramatik boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik tersebut. Selain itu, ramai mereka yang obes didiskriminasi dan menjadi sasaran penghinaan serta ejekan lain.

Sejumlah faktor, seperti pola makan yang buruk, kurangnya aktiviti fizikal, genetik, dan masalah kesihatan tertentu, menyebabkan obesiti, tetapi ia boleh diatasi.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: