Azam Tahun Baru: Nak Kuruskan Badan

Tuesday, January 1, 2013 0:01
Pos Dalam Kategori Motivasi Kuruskan Badan

Ramai orang yang memilih “Nak Kurus Badan” sebagai azam tahun baru mereka, tetapi mengikut pakar ramai yang akan gagal.

Mengikut kajian Thomson Reuters dan NPR pada tahun 2011, sejumlah 57 peratus dari rakyat Amerika yang membuat azam tahun baru untuk kuruskan badan berjaya mencapainya. Sasaran penurunan berat badan yang paling popular adalah antara 10 hingga 29 paun (48%), dan yang kedua popular adalah antara 30 hingga 49 paun (21%).

Bagaimana dengan 43 peratus lagi? Kat mana silapnya?

Mark Crawford, PhD, pakar psikologi klinikal dari USA, berkata ramai orang yang mensabotaj azam tahun baru mereka sendiri dengan tidak jelas mengenai matlamat mereka. Berikut petua yang beliau berikan untuk membuat azam dengan cara yang betul.

1. Matlamat anda hendaklah khusus

“Mengatakan bahawa anda ingin menurunkan berat badan adalah terlalu umum,” kata Crawford. “Anda perlu menetapkan matlamat tertentu, seperti anda mahu menurunkan 5-10 pound.”

2. Tetapkan matlamat yang realistik

Pastikan anda menetapkan sesuatu yang boleh dicapai dan mampan.

3. Sediakan perancangan untuk mencapai matlamat anda

“Katakan perkara seperti saya akan melakukan senaman empat kali seminggu, dan saya akan makan hidangan yang lebih kecil,” kata Crawford.

4. Tetapkan tempoh untuk mencapai matlamat anda

“Sebagai permulaan, 30 hari adalah tempoh yang munasabah, dan kemudian teruskan dari situ,” katanya.

Yang paling penting kata Crawford, “terus berada di landasan”.

“Anda akan melakukan kesilapan, ” kata beliau. “Anda akan tergelincir, ia adalah sebahagian daripadanya. Tetapi jangan sekali kali menggunakannya sebagai alasan untuk berputus asa.”

Sebuah laman web yang disokong oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika menyatakan “kunci kepada penurunan berat badan yang berjaya adalah membuat perubahan dalam tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal anda, yang anda perlu kekalkan sepanjang hayat anda.”

Walaupun anda tidak perlu menurunkan berat badan, ia adalah idea yang baik untuk mengamalkan pemakanan sihat dan tabiat bersenam untuk memastikan anda sihat sepanjang hayat anda.

“SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013″

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: