Bagaimana Mengekalkan Motivasi Untuk Kuruskan Badan

Thursday, February 16, 2012 19:13
Pos Dalam Kategori Motivasi Kuruskan Badan

Bila berbicara tentang motivasi untuk kuruskan badan, ramai yang merasakan ia adalah sesuatu yang telah hilang entah ke mana. Jadi bagaimana cara menemukan kembali motivasi untuk kuruskan badan?

Langkah pertama adalah mempastikan yang anda mempunyai sasaran. Sekiranya seseorang berkata, “Saya mencuba untuk menurunkan berat badan”, mereka akan menghadapi jalan sukar dan peluang untuk mereka berjaya dalam program diet mereka adalah tipis.

Mengapa?

Kerana mereka “cuba untuk menurunkan berat badan”. Apa maksud turunkan berat badan? Turunkan berapa gram, berapa kilogram, turunkan 50 kilogram? Bila tidak ditetapkan jumlah berat yang hendak diturunkan, ia memberi mesej yang meraka tidak  benar-benar pasti.

Apabila mereka berdiet, mereka mempunyai hanya sedikit motivasi untuk kuruskan badan kerana minda separa sedar mereka tidak tahu apa hasil yang ingin dicapai bagi program diet yang diamalkan. Apa yang ia tahu adalah “menurunkan berat badan”. Justeru bila mereka berdiet dan kehilangan sedikit berat badan, “TAHNIAH! Anda telah kehilangan berat badan!!!”

Ya betul, ia bukan sebenarnya apa yang mereka mahu. Saya yakin yang mereka mahu kehilangan lebih daripada satu kilogram, tetapi bagi minda separa sedar – mereka telah mencapai matlamat mereka, jadi tahniah … dan kembali makan seperti biasa.

Apabila anda berdiet ia sememangnya penting untuk anda tahu secara tepat sebanyak mana berat badan yang hendak diturunkan. Ini akan memberikan anda motivasi kuruskan badan dan kunci kejayaan. Jika anda tahu secara tepat berapa banyak yang anda ingin kurangkan, maka:

  1. Anda tahu apa yang anda sasarkan
  2. Anda tahu bila anda harus mencapainya
  3. Tidak ada kekeliruan di antara minda sedar dan separa sedar
  4. Anda boleh kekal bermotivasi ketika sedang maju ke arah berat badan yang disasarkan

Ianya mungkin kedengaran seperti terlalu mudah dan mengarut serta “terlalu kebudak-budakan untuk berkesan”. Tetapi … biarkan saya katakan sekali lagi dalam huruf besar, TETAPI  ia berkesan … Mengapa ia berkesan Wan? Anda mungkin bertanya … Ia berkesan kerana minda separa sedar kita adalah seperti kanak-kanak! Ia sangat mudah, sangat jujur dan tanpa muslihat.

Oleh itu main permainan “anak-anak” ini dengan diri sendiri. Tuliskan sasaran kehilangan berat badan anda di atas kertas…bacanya setiap hari, anda akan perolehi motivasi untuk menurunkan berat badan anda.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: