Cara Cepat Kurus

Saturday, December 8, 2012 15:10
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

JANGAN MAKAN!!!

Ya, tu dia cara cepat kurus yang paling hebat di dunia. Jangan makan dan berat badan anda akan turun macam magik, dan anda akan dapati diri anda kelaparan serta kurus, tidak seperti diri anda sebelum ini.

Betul ke?

Tidak, sama sekali tidak — satu kepercayaan yang tidak betul. Cara cepat untuk kuruskan badan tidak ada kena mengena dengan tidak makan. Cara cepat untuk kurus tersebut hanyalah satu mitos. Penurunan berat badan yang terlalu cepat akan merosakkan badan. Cara sihat untuk kuruskan badan adalah memberi perhatian kepada pengambilan kalori dan aktiviti fizikal.

Bila anda tidak makan dan mengurangkan pengambilan kalori secara dramatik, badan anda akan bertindak balas mengikut fitrahnya. Sebaik sahaja pengambilan kalori berkurangan dengan ketara, minda kita fikir kebuluran akan melanda. Ia akan mengarahkan badan menyimpan lemak dan menambah berat badan bagi memastikan kita terus hidup walaupun kebuluran.

Kalau menyimpan lemak dan menambah berat badan itu bukan program kuruskan badan namanya, betul tak?

Inilah punca kenapa ramai yang menghadapi masalah ketika mereka bermula dengan program kuruskan badan. Mereka mengurangkan pengambilan kalori dan badan mereka menyimpan lemak untuk menyelamatkan diri dari kebuluran.

Apa yang perlu dilakukan adalah mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal. Ini akan memastikan badan membakar lemak yang disimpan, dengan cara ini anda akan dapat menguruskan badan dan mengekalkannya.

Anda hanya akan cepat kurus jika anda berdiet dan pada waktu yang sama melakukan aktiviti fizikal atau bersenam. Jika anda hanya berdiet, atau hanya bersenam (bukan kedua-duanya sekali), anda tidak akan cepat kurus seperti yang dikehendaki.

Apabila memulakan program menguruskan badan, penting untuk anda tentukan jenis senaman yang sesuai dengan anda. Tidak semua orang suka pergi gym. Apa jenis senaman yang anda suka dan mahu lakukan? INGAT, berjalan, naik tangga, mengemas rumah juga termasuk dalam aktiviti fizikal. Apa-apa saja yang membuat anda aktif dikira sebagai senaman. Lebih banyak senaman dimasukkan dalam rutin harian anda, lebih banyak penurunan berat badan diperolehi. Antara senaman kegemaran saya adalah menaiki tangga dan berjalan pantas, ini akan memastikan saya dapat membakar kalori yang berlebihan.

Jika anda ingin kurus cepat, caranya adalah menggabungkan pelan pemakanan (diet) dengan pelan aktiviti fizikal yang mampu dilaksana. Gabungan kedua-duanya akan memastikan anda cepat kurus.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: