Cara Kuruskan Badan Dengan Ayurveda – Bhg. 2

Friday, January 6, 2012 15:02
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Langkah seterusnya adalah makan cara yang betul untuk jenis badan anda. Mengikut Ayurveda terdapat tiga jenis badan asas: Vata, Pitta dan Kapha. Badan Vata adalah yang dimiliki oleh orang yang sangat aktif dan pantas, badannya kurus, mudah selsema, suka bercakap dan cenderung untuk bercakap dengan laju, biasanya mempunyai kulit yang kering, dan kurang tidur. Ciri-ciri Pitta termasuk sangat teratur, suka memaksa, sangat tidak bertoleransi, mudah marah, mudah berpeluh, degil, tidak suka makanan pedas, suka mengkritik diri sendiri dan orang lain, gigih, dan tidak sabar. Badan Kapha adalah orang yang secara semulajadi bergerak perlahan, berat badan mudah naik dan jika turun berat badan ianya turun secara perlahan-lahan, selalunya berbadan besar/berisi, tidak mempunyai masalah kalau tak makan, mudah berkahak, perlukan tidur lapan jam penuh untuk rehat, tidur nyenyak, cenderung untuk menjadi sangat penyayang dan memahami, biasanya berjalan perlahan-lahan, dan pada amnya mempunyai tahap tenaga yang stabil.

Setiap jenis orang mempunyai keperluan diet yang berbeza. Ada juga orang yang mempunyai gabungan ciri-ciri tersebut dan oleh itu mempunyai badan gabungan.

Secara amnya mereka yang mempunyai badan jenis Kapha sukar untuk menurunkan berat badan, jadi beri perhatian kepada makanan yang boleh mengurangkan pengaruh Kapha. Jika anda mengambil susu, beralih kepada susu rendah lemak dan bukannya susu penuh. Untuk menjadikan susu lebih mudah untuk dicerna, rebuskan ia sebelum diminum. Adalah lebih baik untuk minum susu suam, kerana susu sejuk meningkatkan Kapha anda. Jika anda tidak boleh minum susu suam, anda perlu tinggalkan susu. Makan banyak makanan yang pedas atau pahit, tetapi elakkan garam. Elakkan daging merah, pilih ayam atau ayam belanda, atau ikan. Kacang kaya dengan protein oleh itu ianya boleh menggantikan protein yang diperolehi dari daging. Makan banyak buah-buahan ringan seperti pear, epal, berri, dan delima. Jika perlu, maniskan makanan anda dengan madu bukannya gula, madu sangat baik dalam pengurangan Kapha. Semua sayur-sayuran adalah baik untuk dimakan, bagaimanapun sayur-sayuran yang lebih memberi manfaat kepada pengurangan Kapha termasuk terung, lobak, semua sayur-sayuran berdaun hijau, asparagus, brokoli, kentang, kubis, lobak merah, labu, dan saderi. Dalam Ayurveda, makanan sebaik-baiknya dimasak, kerana ia membuatkan penghadaman lebih mudah berbanding daripada makan makanan mentah, namun kadang-kadang bolehlah memakan salad. Elakkan kafein dan alkohol, makanan yang digoreng, makanan segera, dan minuman ringan.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: