Cara Mengira Keperluan Kalori Anda

Sunday, July 3, 2011 10:06
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Untuk membolehkan anda mengambil kalori kurang dari yang diperlukan badan anda, anda perlu mengetahui berapa sebenarnya kalori yang diperlukan.

Berikut formula untuk orang dewasa:

Berat badan kali dengan 12 (untuk lelaki) atau 11 (untuk perempuan) campur 1/3 berat badan kali dengan jam aktif  (tidak tidur).

Contoh:

150 paun X 12 = 1,800
Aktif 16 jam sehari; (150 paun X 1/3) X 16 jam = 800 (Kalori Aktiviti)
Kalori diperlukan = 1,800 + 800 = 2,600.

Justeru lelaki yang berat 150 paun memerlukan kira-kira 2,600 kalori sehari

Kadar metabolisme basal adalah jumlah kalori yang seseorang dengan berat tertentu akan bakar untuk jantung terus berdenyut, paru-paru mengepam, dll. Jika anda tidur sepanjang hari, anda hanya akan membakar kalori yang diperlukan untuk kadar metabolisme basal. Anda boleh meningkatkan kalori aktiviti hanya dengan meningkatkan tempoh anda aktif atau melakukan aktiviti.

Kanak-kanak memerlukan lebih banyak kalori berbanding orang dewasa, dan ianya bergantung kepada umur dan diri kanak-kanak itu sendiri. Untuk mengubah diet anak-anak, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor. Namun begitu meningkatkan aktiviti dan senaman kebanyakan remaja masa kini tidak akan memudharatkan, dan akan memberi manafaat dalam pengawalan berat badan.

Itulah secara umum apa dia kalori dan bagaimana kaitannya dengan berat badan, dan bagaimana badan menukarkan kalori kepada lemak. Inilah bukan pelan diet yang lengkap. Namun begitu dengan memahami badan anda, ia akan membantu anda membuat perubahan yang diperlukan untuk menguruskan badan.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: