Adakah Cara Mudah Untuk Turunkan Berat Badan?

Sunday, September 30, 2012 20:46
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

motivasi turunkan berat badanAdakah ia benar-benar mungkin untuk menurunkan berat badan dengan mudah?

Industri diet menggambarkan bahawa diet adalah mudah sekali, hanya makan produk hebat kami dan anda akan menjadi kurus seperti model langsing yang mengiklankan produk yang mereka sendiri tidak pernah gunakan.

Namun di sebalik itu, majoriti melihat diet sebagai satu perjuangan (berjuang untuk menguruskan badan), pertempuran (bertempur untuk menghilangkan berat badan), peperangan (berperang untuk menurunkan berat badan) dan secara amnya susah untuk kuruskan badan.

Adalah tidak mustahil untuk menurunkan berat badan dengan mudah jika anda mengamalkan sikap mental yang betul. Penurunan berat badan bergantung kepada motivasi diri, dan motivasi tersebut secara langsung berkaitan dengan sebab untuk mengurangkan berat badan justeru kenapakah anda ingin mengurangkan berat badan?

Adakah anda mahu menjadi kurus kerana kawan-kawan anda? Adakah anda mahu menjadi kurus kerana anda rasa orang akan lebih menyukai anda? Atau anda akan lebih menyukai diri sendiri? Adakah anda mahu menjadi kurus atas sebab kesihatan?

Terdapat banyak sebab untuk turunkan berat badan, dan jika sebab anda cukup kuat dan memberangsangkan, tiada apa lagi yang boleh anda lakukan kecuali mengurangkan berat badan dengan mudah. Jadi apakah sebab anda ingin mengurangkan berat badan? Fikirkannya sekarang dan putuskan samada ia memberangsangkan.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan sikap mental yang betul untuk mengurangkan berat badan dengan mudah, jadi biarlah saya senaraikannya:

  1. Percaya bahawa anda boleh. Percaya tak bahawa ramai orang yang tidak percaya bahawa mereka boleh berdiet dan mengekalkan berat sasaran yang dikehendaki. Percaya anda boleh berjaya, dan yakininya – kepercayaan anda mencipta dunia di sekeliling anda. Tidak kira anda percaya anda boleh atau tidak boleh, anda betul (yakni akan capai apa yang anda percayai: percaya boleh – akan boleh; percaya tak boleh – akan tak boleh).
  2. Biarlah realistik. Memang seronok bermimpi di siang hari, namun kita perlu realistik. Jangan fikir anda secara ajaib dapat menghilangkan seratus paun dalam seminggu … secara fizikal ia mustahil, dan penurunan berat badan terlalu banyak dalam tempoh yang singkat adalah buruk untuk kesihatan anda. Jadi anda perlu realistik tentang berat badan yang disasarkan dan bila anda melakukannya.
  3. Percaya bahawa anda adalah seorang yang mempunyai berat badan ideal. Ada individu yang identiti mereka terikat dengan berat badan mereka, dan ada yang akan melakukan apa sahaja untuk melindungi identiti mereka, walaupun membunuh. Adakah salah satu identiti anda adalah seorang yang mempunyai masalah dengan diet? Atau seorang yang mempunyai berat badan berlebihan? Atau si gemuk pemalas? Apakah identiti anda berhubung dengan berat badan anda? Jika ia adalah negatif – melihat diri selain dari seorang yang mempunyai berat badan seperti disasarkan, maka anda perlu mengubahnya!
  4. Percaya bahawa anda layak untuk mempunyai berat badan ideal. Jika anda terperangkap dalam kebencian diri dan benar-benar tidak suka diri sendiri, anda mungkin berfikir anda tidak layak untuk kehilangan berat badan dan mempunyai berat badan ideal. Anda akan mendapati diri anda susah untuk turunkan berat badan dan mensabotaj usaha anda, justeru percaya anda layak untuk mencapai kejayaan ini.
  5. Ini satu-satunya perkara yang ditinggalkan semua orang kecuali pengamal diet yang paling berjaya. Ambil tindakan yang TETAP dan TEKAL (KONSISTEN). Itu saja yang perlu dilakukan. Cara mudah untuk turunkan berat badan adalah dengan mengambil tindakan yang konsisten setiap hari, kedua-dua mental dan fizikal. Berfikir untuk menrunkan berat badan sambil makan pizza di depan televisyen tidak akan berhasil. Anda perlu gabungkan fikiran dengan tindakan untuk menghasilkan kejayaan.

Jadi sekarang anda dah tahu bahawa cara mudah untuk menurunkan berat badan adalah mempunyai sikap mental yang betul. Teliti kelima-lima kunci di atas dan gunakannya untuk membuat penurunan berat badan lebih mudah.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: