3T Cara Turunkan Berat Badan

Wednesday, August 15, 2012 18:30
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Jika saya tanya berapa banyak berat badan yang anda hendak turunkan, bolehkah anda jawab?

Adakah anda akan jawab “Beberapa kg”, seperti yang dijawab oleh kebanyakan pengamal diet?

OK, jadi bila anda nak turunkan berat badan tersebut?

Jika seperti kebanyakan orang, anda akan jawab “suatu hari” atau tiada tarikh yang tertentu.

Jadi bila sebenarnya “suatu hari” tu? Dan apa pula maksud “beberapa kg”? Anda tahu tak? Saya jamin anda tak tahu. Jika anda tak tahu, bagaimana mungkin anda tahu anda dah berjaya turunkan berat badan.

Dari kajian didapati mereka yang berjaya menurunkan berat badan dengan mudah adalah mereka yang tahu berapa berat yang hendak mereka turunkan.

Berapa banyak berat badan yang hendak anda turunkan? Fikirkannya sekarang dan jika perlu, catatkannya. Lekatkan dalam minda anda angka tersebut. Ingat, “beberapa kg” atau “beberapa paun” adalah matlamat yang tidak jelas dan tidak berguna. Tetapkan berapa berat badan yang anda inginkan dan kira perbezaannya dengan berat badan anda sekarang. Itulah jumlah berat badan yang anda hendak turunkan.

Bila anda dah tahu berapa banyak berat badan yang anda hendak turunkan, langkah seterusnya adalah menetapkan tarikh bila anda hendak mencapainya.

Ramai pengamal diet yang buat silap di sini. Mereka tidak menetapkan tarikh untuk penurunan berat badan mereka. Jika mereka menetapkannya, biasanya tarikh tersebut tidak munasabah dan amat susah untuk mencapainya.

Sekarang tetapkan tarikh bila anda nak capai berat badan yang disasarkan, tarikh lebih kurang tak cukup baik. Tetapkan tarikh yang tepat seperti 30 Jun 2013.

Nah, sekarang anda dah tarikh sasaran untuk mencapai berat badan ideal dan berapa banyak yang perlu diturunkan. Kira berapa tempoh dari sekarang hingga tarikh sasaran, kemudian kira berapa banyak berat badan yang perlu diturunkan setiap minggu dan bulan.

Sebagai contoh, jika anda punyai 6 bulan dari sekarang hingga tarikh sasaran dan perlu turunkan 30 paun, bermakna anda hanya perlu turunkan 5 paun sebulan atau tak sampai 1 paun sehari, yang sememangnya mampu dicapai.

Sebagai kesimpulan:

1. Tentukan berapa banyak berat badan yang hendak diturunkan atau berapa berat badan yang disasarkan.
2. Tetapkan bila anda hendak capai berat badan tersebut, iaitu tarikh sasaran (pastikan ianya munasabah)
3. Taksir atau kira berapa berat badan yang perlu diturunkan dalam tempoh sebulan dan seminggu.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: