Detoksifikasi dan Diet Makanan Segar – Bhg. 2

Tuesday, February 21, 2012 23:13
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Bagaimana dengan protein? Anda boleh mengambil mana-mana serbuk protein asli yang boleh didapati di farmasi atau di pasar raya. Serbuk ini boleh ditambah terus dalam jus anda seperti yang dicadangkan pada bungkusan. Anda mungkin mahu menggunakan pengisar untuk mengadun serbuk dengan jus.

[Nota: NutraStart boleh dijadikan minuman untuk membekalkan protein yang diperlukan]

Pastikan anda meminum lapan gelas (8 aun) air bersama-sama dengan jus anda semasa berpuasa jus, dan sepatutnya setiap hari mulai dari sekarang. Air penting untuk membantu badan mengeluarkan toksin. Juga, minum jus anda perlahan-lahan untuk membantu penghadaman dan menikmati rasanya. Menikmati rasa adalah sangat penting bukan sahaja untuk memuaskan selera anda, tetapi juga berat badan anda. Apabila kita tidak merasai makanan kita dan minum dengan betul, kita mempunyai kecenderungan untuk makan lebih dan menambah berat badan. Hirup jus anda dengan cara yang sama seseorang menghirup koktel; jadikan ia pengalaman yang menyeronokkan.

Selepas membuat nyahtoksik, lakukan perubahan sepenuhnya kepada diet anda. Daging perlu dikeluarkan daripada diet jika boleh, begitu juga dengan produk-produk haiwan. Selain secara am ianya bukan makanan terbaik untuk anda, di zaman ini ternakan dibela dengan cara yang membuat ia berbahaya untuk makan daging. Sebagai contoh hormon yang digunakan untuk menggemukkan ternakan boleh mengubah komposisi kimia badan dan menyebabkan beberapa penyakit kronik. Jika anda hendak juga makan daging, makanlah daging ikan. Kadang-kadang bolehlah makan ayam kampung atau daging lembu kampung.

Anda hendaklah memasukkan sebanyak mungkin makanan organik segar dalam diet anda, pilihlah pelbagai sayur-sayuran segar untuk salad dan teruskan meminum jus. Di fasa ini anda mungkin mahu menggunakan pengisar lebih sedikit, gunakannya untuk membuat “ice blended” serbuk protein, kacang dan buah-buahan. Kacang menambah jumlah protein untuk diet anda. Pastikan anda meninggalkan makanan pencuci mulut dalam tempoh anda berusaha menurunkan berat badan, dan tinggalkan juga semua makanan yang dibuat dari gula putih dan tepung putih.

Jangan ambil alkohol dan kerana ia akan menyebabkan kekurangan mineral akibat kesan diuretik, menyebabkan tekanan yang besar ke atas kelenjar adrenal, dan terbukti menjadi penyumbang kepada kebimbangan dan insomnia. Penggunaan kafein yang kerap telah dikaitkan dengan kejadian kanser dan masalah prostet pada lelaki dan fibrosistik payudara dan fibroid rahim pada wanita. Pengambilan alkohol menghilangkan vitamin B dan C, kalsium, magnesium dan mangan. Nikotin juga perlu dihentikan, kerana ia adalah toksin yang terkenal dengan bahaya dan faktor ketagihan yang tinggi.

Hidup bebas toksin dan makan diet yang banyak makanan segar akan membantu anda berasa segar kembali dan membantu mengurangkan ketagihan makan. Ini adalah kesan jangka panjang yang anda inginkan untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkannya. Sudah tentu, seperti lain-lain penyelesaian jangka panjang, dedikasi diperlukan. Ingat bahawa ini bukan sahaja mengenai penampilan anda, ia adalah mengenai kesihatan dan kesejahteraan anda.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: