Detoksifikasi dan Diet Makanan Segar

Saturday, February 4, 2012 0:19
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Satu lagi alternatif semulajadi adalah mendetoksifikasi badan dan beralih kepada diet makanan segar. Walaupun perubahan pemakanan ini mempunyai faedah kekal yang sangat baik ia itu menghilangkan atau mengekalkan berat badan, namun ia dapat meningkatkan tenaga dan sering menyingkirkan toksin yang menyebabkan pelbagai penyakit dan keadaan yang biasa melanda badan. Dengan perubahan gaya hidup ini, sebagai tambahan kepada penurunan berat badan, penyakit kronik seperti sakit migrain, insomnia, masalah kulit, masalah rambut, sembelit, artritis, dan lain-lain dapat dikurangkan selama-lamanya. Masalahnya adalah tahap komitmen yang diperlukan untuk mencapainya. Namun ianya bukan sesuatu yang mustahil, pilihan ini memerlukan tahap komitmen kepada kesihatan dan kesejahteraan yang cukup kuat yang mampu membuat seseorang sanggup meninggalkan makanan yang menjadi toksik kepada badan.

Langkah pertama yang perlu diambil ialah untuk menyucikan badan. Jika anda mengalami ketoksikan yang tinggi, yang ditampilkan sebagai penyakit kronik, anda mungkin mahu berunding dengan seorang pengamal perubatan semula jadi sebelum memulakan rutin penyucian badan kerana penyucian tersebut mungkin akan memburukkan lagi gejala penyakit ketika badan sedang mencuba untuk membetulkan diri sendiri. Walaupun anda tidak mempunyai toksik yang tinggi dan tidak mempunyai tanda-tanda penyakit kronik, anda mungkin akan mengalami sedikit sakit kepala, menggigil, cepat marah, dan kelesuan apabila badan anda mengeluarkan toksin. Ini perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan memandangkan badan anda melepaskan banyak toksin pada masa itu dan gejala penyakit yang disebabkan toksin selama ini akan mula muncul.

Cara terbaik untuk memulakan adalah dengan hanya mengambil jus. Ya betul, tiada apa-apa yang lain kecuali minuman jus, teh herba, dan minuman protein selama tiga hari. Tidak akan berlaku masalah kekurangan zat makanan di sini memandangkan jus adalah makanan yang amat pekat, dan minuman protein akan memberikan protein yang diperlukan, yang anda biasanya dapat dari makanan pepejal. Malah, minum segelas jus lobak merah dan saderi adalah bersamaan dengan makan dua batang lobak dan tiga batang saderi. Bayangkan betapa membebannya untuk mendapatkan hidangan enam batang lobak merah dan sembilan batang saderi setiap hari di samping makanan lain. Namun, mengambil hanya tiga gelas jus lobak merah-saderi memberikan keperluan harian. Walaupun anda memakan semua sayur-sayuran tersebut setiap hari, anda tidak akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada makanan ini seperti yang anda dapat dari meminum jus. Memerah jus memisahkan vitamin dan mineral daripada serat, yang boleh memerangkap nutrien dan menghalang badan dari menyerapnya. Selain dari itu sayur-sayuran mentah dan buah-buahan kaya dengan enzim, mereka bertindak sebagai penggalak tenaga yang hebat.

Terdapat jus tertentu dan bahan tambah minuman yang boleh membantu anda menghilangkan berat badan serta menyahtoksik, kerana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang membantu dalam penurunan berat badan. Anda boleh meminum jus ini apabila anda memulakan diet ini, dan juga di sepanjang program diet baru anda:

  1. Nenas – mengandungi bromelain
  2. Timun – mengandungi invertase
  3. Tomato, epal, pisang kaki, dan pic mengandungi laktase
  4. Sayur-sayuran hijau, germa gandum, flaks – mengandungi lipase
  5. Betik – mengandungi papain
  6. Daun bit dan pisang – mengandungi maltase
  7. Kel, bayam dan pokok salad – mengandungi hericellulase

Nutrien ini adalah penting untuk mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti. Ia adalah lebih baik untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran organik untuk membuat jus, memandangkan hasil tani bukan organik mengandungi tahap racun perosak yang tinggi, dan akan mengalahkan tujuan detoksifikasi. Walaupun menggunakan produk organik, pastikan untuk membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran anda dengan sempurna. Jangan dikupas “pahit” dari oren, grapefruits, dan tangerin; bahagian putih di bawah kulit, tetapi keluarkan biji kerana ianya sangat pahit. Sebaik-baiknya jus hendaklah diminum serta-merta selepas diperah. Tetapi jika jadual anda tidak membenarkan anda untuk memerah jus beberapa kali sehari, masukkan jus ke dalam bekas kaca dan simpan di dalam peti ais selama satu hari tanpa kehilangan nutrien penting.

Bersambung……

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: