Diet Klinik Mayo: Piramid Pemakanan Baru Mayo

Tuesday, January 24, 2012 18:52
Pos Dalam Kategori Tips Kuruskan Badan

Grafik ini diambil dari laman web Klinik Mayo, yang disediakan untuk membantu pesakit mereka. Piramid Diet Sihat Klinik Mayo boleh dijadikan panduan untuk membantu anda menurunkan berat badan atau mengekalkan berat anda.

piramid pemakanan MayoPiramid pemakanan ini tidak banyak berbeza dari piramid pemakanan yang kita biasa lihat (piramid pemakanan USDA). Ia berdasarkan kepada penyelidikan saintifik dan penjagaan kesihatan pesakit seperti yang dilaporkan oleh pengamal perubatan dan pakar diet Klinik Mayo, pakar-pakar berat badan di Pennsylvania State University dan University of Alabama di Birmingham. Piramid diet Mayo direkacipta untuk menggalakkan penurunan berat badan, penyelenggaraan berat badan dan kesihatan jangka panjang.

Mari kita lihat secara ringkas perbezaan kedua-dua piramid tersebut. Dua aras bawah atau Kumpulan Karbohidrat dan Kumpulan Buah-buahan dan Sayur-sayuran diterbalikkan menyebabkan Kumpulan Buah-buahan dan Sayur-sayuran kini berada di aras bawah. Juga hidangan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dihadkan di sini.

Secara ringkasnya, untuk merancang diet Klinik Mayo sempurna, seseorang akan mengikuti 5 langkah berikut, seperti yang diluluskan oleh pengamal penjagaan kesihatan mereka:

  1. Kalori - Menetapkan tahap kalori yang sesuai untuk anda berdasarkan nasihat doktor.
  2. Hidangan – Tentukan bilangan hidangan yang disyorkan bagi setiap kumpulan makanan.
  3. Saiz Hidangan - Tetapkan saiz hidangan pilihan untuk langkah #2 di atas.
  4. Rekod – Sediakan log dan pantau pencapaian anda.
  5. Kepelbagaian - Ramuan kejayaan utama! Pelbagaikan penampilan dan citarasa.
Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Diet Klinik Mayo: Piramid Pemakanan Baru Mayo”

  1. Makan Acap Kali « Tips Kuruskan Badan says:

    February 26th, 2012 at 8:17 pm

    [...] Makan 5-7 hidangan kecil sehari. Hidangan hendaklah mengandungi protein, bijirin, buah-buahan, sayuran-sayuran, dll untuk mematuhi piramid makanan seperti Piramid Makanan Klinik Mayo. [...]

Komen Anda: