Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat

Saturday, January 21, 2012 17:03
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Diet protein tinggi rendah karbohidrat menjadi sangat popular sejak promosi besar-besaran oleh program Diet Atkins. Diet ini sangat popular kerana tidak melibatkan pengiraan kalori, dan banyak makanan kegemaran ramai dibenarkan dalam program ini. Di samping itu, Diet Atkins adalah diet tinggi protein, ini bermakna berat badan yang hilang semasa diet tidak akan menyebabkan kehilangan jisim otot, memandangkan protein adalah nutrien utama yang diperlukan untuk mengekalkan otot yang sihat. Diet ini pada dasarnya menghapuskan karbohidrat, gula atau makanan yang terurai menjadi gula.

Kita tidak akan berbincang mengenai Diet Atkins di sini, namun kami akan berikan asas diet tinggi protein rendah karbohidrat. Pertama mari kita mengenal pasti karbohidrat. Gula, termasuk gula halus, gula pasir, gula perang, atau apa-apa jenis gula yang boleh anda fikirkan adalah karbohidrat utama yang perlu anda hapuskan. Semua jenis pasta dikira sebagai karbohidrat, bermaksud semua mi dan produk spageti mesti dihapuskan. Semua jenis kanji, seperti beras putih, kentang dan kentang goreng, perlu dihapuskan. Bijirin kebanyakannya karbohidrat dan harus dielakkan sepenuhnya semasa fasa diet. Disebabkan kegilaan rendah-karbo, terdapat banyak pilihan soda, susu, ais krim dan roti rendah-karbo di pasaran. Jika anda mengambil produk ini, walaupun ianya jenis rendah-karbo, pastikan hanya untuk sekali-sekala sahaja dan secara sederhana. Jika tidak, makanan yang disebutkan di atas perlu dihapuskan sama sekali sekiranya bukan jenis rendah-karbo. Berhati-hati dengan makanan yang mengandungi gula tersembunyi, seperti daging hiris, sos BBQ, sos tomato, sos salad, sirap batuk, dan jus buah-buahan. Sesuatu yang nampak pelik, dalam diet ini buah-buahan dan jus buah-buahan perlu dihapuskan semasa dalam fasa penurunan berat badan kerana ia hampir karbohidrat tulen. Apa-apa jua yang dibuat dengan tepung perlu dihapuskan semasa fasa penurunan berat badan, seperti yang disebut awal-awal tadi, ia mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Jadi apa yang anda boleh makan? Berita baik, anda boleh makan semua daging, ikan, ayam dan makanan laut, kecuali daging yang diproses seperti daging hiris salai atau masin yang tinggi kandungan gula. Tinggalkan roti dan ambil daging dan salad. Telur sangat mesra rendah-karbo, tetapi jangan ambil mayonis atau sos salad kecuali jika ia jenis rendah-karbo. Apa-apa jenis sayur-sayuran adalah baik, tetapi ingat tomato sebenarnya buah-buahan, dan anda ingin menghadkan pengambilannya sekurang-kurangnya semasa fasa penurunan berat badan. Pilih beras perang sebagai pengganti kanji anda, kerana ia rendah karbohidrat berbanding nasi putih atau kentang. Keju sangat baik jika diambil dalam jumlah yang terhad, kerana ia makanan tinggi protein rendah karbohidrat. Mentega dan krim pun boleh dimakan, tetapi harus dalam jumlah yang terhad. Karbohidrat kompleks yang baik adalah serat, kerana ia tidak terurai menjadi gula, dan membantu badan dalam penghapusan. Di samping itu serat mudah membuat anda rasa kenyang tanpa menambah kalori yang ketara justeru perjuangan melawan rasa lapar dapat dimenangi dengan jayanya.

Akhir sekali, pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan auns gelas air sehari sebagai tambahan kepada minuman lain yang anda minum. Dehidrasi kerap menyamar sebagai kelaparan dan menyebabkan makan secara berlebihan. Sudah tentu, senaman adalah bahagian yang perlu dan penting dalam pelan diet anda.

Apabila anda berjaya menurunkan berat badan ke tahap yang anda inginkan, fasa mengurangkan berat badan bagi diet anda sudah berakhir. Anda perlu ingat yang anda membuat perubahan gaya hidup, tidak lagi mengambil diet fad atau ke pesta makan-minum. Ini bermakna anda tidak akan kembali kepada tabiat lama makan. Sebaliknya anda akan memperkenalkan makanan tertentu ke dalam diet anda secara sederhana. Sebagai contoh, anda boleh menambah beberapa keping daging salai seminggu sekali. Anda boleh menikmati apa-apa jenis pencuci mulut dalam kuantiti yang sederhana. Adalah lebih baik untuk mengelakkan minuman ringan sama sekali, atau memilih jenis rendah-karbo selama-lamanya. Jika anda memperkenalkan makanan sarat karbohidrat yang lain, pasti anda berbuat demikian hanya untuk sekali makan dan dalam kuantiti yang sedikit. Mengurangkan karbohidrat akan menjadi gaya hidup bagi anda apabila anda mengikuti program ini, yang berkemungkinan besar akan meningkatkan tahap tenaga keseluruhan anda dan membantu anda menjaga berat badan.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.
Tags:

9 Responses to “Diet Protein Tinggi Rendah Karbohidrat”

  1. efa says:

    April 21st, 2012 at 1:26 pm

    salam.. saya nak tanyer sosej termasuk dalam daging terproses ker??
    tolong bagi menu untuk makan harian bole x? untuk diet tinggi protien..
    terima kasih

  2. ain says:

    October 4th, 2012 at 4:20 pm

    2 keping sosej sama dengan – 4gm carbohidrat. kalau nk diet protein, kene ikot jenis darah jugak.

  3. rozieta samsudin says:

    October 5th, 2012 at 1:13 pm

    salam…saya berumur 20,saya mempunyai masalah berat badan…skg saya mengamalkan hidup berdiet..tapi saya x pasti ngn cara pemakanan saya…bert badan saya sekarang 59kg..boley x tolong saya untuk berdiet n pemakanan yang betol

  4. Brahem says:

    October 7th, 2012 at 9:29 pm

    Tinggi berapa?

  5. mickey says:

    October 20th, 2012 at 1:08 pm

    Pd 2009/2010, sy berjaya kurangkan lebih 10kg dlm masa sebulan dua.. caranya dgn tidak mengambil nasi dan makanan berasaskan tepung serta berminyak.. masa tu air gas mmg musuh! dn cuma minum air mineral shj.. 

    Sehari sy makan cuma 2 kali iaitu pagi dan petang.. dan sangat pantang makan pd waktu malam.. 

     tp tak kekal kerana sy kembali pada tabiat permakanan biasa.. dn skrg berat sy 120kg dgn ketinggian 178cm ..  dn sy perlukan motivasi dan nasihat terbaru utk kembali berdiet :(

  6. samad says:

    November 5th, 2012 at 12:09 am

    Salam,

    Mcm mana dengan daging burger? consider protien diet jugak ke

  7. E-na Sayang says:

    December 6th, 2012 at 12:30 am

    Saya dah cuba diet dgn produk Alpha Lipid SDII. Alpha Lipid SD2 diasaskan dengan protein isolat yang diasingkan dari kacang soya dan membekalkan protein yang berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telor tetapi bebas dari lemak dan kolestrol.

    Berfungsi mempercepatkan penurunan berat badan dengan efektif dan mengekalkan bentuk badan dalam jangkamasa yang panjang. Jangkamasa masa penurunan dengan cara pemakanan yang teratur mampu menurunkan berat badan 2-5kg seminggu.

  8. Brahem says:

    December 6th, 2012 at 1:17 pm

    Mickey,

    sila baca posting ini:
    http://carakuruskanbadan.com/cara-mudah-untuk-turunkan-berat-badan.html

    Sy harap sdr dpt sesuatu darinya…

  9. lina says:

    December 11th, 2012 at 9:32 am

    umur sy dah 41 thn ada 6 org anak….berat naik mendadak bila sy melahirkan anak ke 6,dr 60++ kg masa tu skrg dah naik smpi 80++ kurang selesa pergerakan jadi lambat,kurang bertenanga…ada masalah sakit lutut…selera makan baik, walau kadangkala juga mengambil sedikit sahaja nasi wlu gelora makan tu sgt mengancam iman.

Komen Anda: