Hubungan Obesiti dengan Anoreksia, Bulimia dan Lain-lain Gangguan Pemakanan

Saturday, June 4, 2011 20:53
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Obesiti itu sendiri bukan merupakan gangguan pemakanan, tetapi orang yang mengalami obesiti atau yang takut menjadi gemuk mungkin akan mendapat gangguan tersebut. Mari kita lihat hubungan obesiti dengan gangguan pemakanan khusus.

Makan Mengikut Nafsu – Gangguan pemakanan yang paling umum adalah makan mengikut nafsu. Makan mengikut nafsu adalah lebih daripada sekadar makan berlebihan sekali sekala. Makan mengikut nafsu adalah makan yang tak terkawal, makan dengan cepat dan banyak pada sekali makan, walaupun ketika tidak lapar, dan makan secara sembunyi kerana malu dengan jumlah makanan yang dia makan.

Lebih ramai perempuan daripada lelaki yang mempunyai masalah makan mengikut nafsu, dan sebahagian besar orang yang mempunyai masalah ini memiliki berat badan berlebihan atau obesiti. Mereka selalunya memakan makanan yang banyak mengandungi gula dan lemak, dan hasilnya, mereka mungkin kekurangan vitamin tertentu dan juga nutrien. Ramai juga di antara mereka yang merasa tertekan. Rawatan untuk gangguan makan ini termasuk terapi dan ubat-ubatan seperti antidepresan.

Bulimia Nervosa – Makan ikut nafsu juga terdapat di dalam gangguan makan yang lain, bulimia nervosa. Dianggarkan bahawa 1.1 hingga 4.2 peratus perempuan akan mempunyai bulimia nervosa dalam hidupnya. Seseorang yang mempunyai bulimia terperangkap di dalam kitaran makan ikut nafsu/penyingkiran. Mereka makan ikut nafsu, biasanya secara sembunyi, kemudian menyingkirkannya untuk membuang kalori yang telah diambil. Penyingkiran mungkin melibatkan muntah yang disengajakan selepas memakan atau menggunakan ubat pencahar, diuretik, atau enema. Mereka juga melakukan senaman secara berlebihan untuk membakar kalori tambahan yang diambil ketika makan mengikut nafsu, atau mereka mungkin tidak makan untuk jangka masa yang lama. Ramai pengidap bulimia melakukan kombinasi atau kesemua perkara tadi.

Lebih ramai perempuan yang ada bulimia berbanding lelaki dan lebih ramai perempuan remaja dan dua puluhan berbanding perempuan yang lebih tua. Para wanita ini biasanya obses dengan berat badan mereka dan benar-benar percaya bahawa mereka mempunyai berat badan berlebihan walaupun sebahagian besar dari mereka mempunyai berat badan normal. Ini boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius, termasuk anemia, dehidrasi, masalah jantung, kerongkong pecah, bisul perut, dan bahkan kematian. Seperti gangguan makan ikut nafsu, bulimia dirawat dengan terapi dan ubat-ubatan.

Anoreksia Nervosa – Lawan makan ikut nafsu adalah anoreksia nervosa. Ia melibatkan sekitar 1 hingga 2 peratus daripada penduduk wanita. Ciri-ciri anoreksia adalah diri kelaparan kendiri dan obses dengan makanan, berat badan, dan penampilan, penurunan berat badan 15% atau lebih di bawah berat badan normal, dan takut kepada kegemukan . Ramai dari mereka adalah kurus, tetapi mereka yakin bahawa mereka gemuk.

Disebabkan pesakit anoreksia biasanya membiarkan diri mereka kelaparan sendiri, tubuh mereka sangat kekurangan nutrien. Sebagai hasilnya, mereka mendapat di antaranya atrofi otot, dehidrasi, tekanan darah rendah, dan kerosakan otak dan organ. Sehingga sebanyak 10 peratus pesakit anoreksia meninggal dunia. Kebanyakan pesakit anoreksia menyangkal yang mereka mempunyai masalah sehingga masalah menjadi sangat buruk sehingga merekaterpaksa dirawat di hospital. Disebabkan anoreksia sangat mengancam nyawa, rawatan tahap pertama adalah untuk mengembalikan berat badan normal. Apabila ianya sudah berjalan lancar, terapi dan ubat-ubatan digunakan.

Gangguan makan adalah gangguan serius dan tidak boleh diambil mudah. Jika anda mengesyaki diri anda atau seseorang yang anda cintai mempunyai masalah ini, sila dapatkan bantuan. Ia boleh menjadi soal hidup dan mati.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: