Kandungan Kalori Makanan Kegemaran Malaysia

Friday, July 27, 2012 19:26
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Nasi lemak, roti canai, nasi beriyani, dan kari adalah antara beberapa makanan kegemaran ramai di Malaysia. Perlu diingat bahawa keperluan diet berbeza di antara satu invidu dengan individu yang lain. Apa yang OK untuk seseorang mungkin tidak OK untuk seseorang yang lain.

Bagi mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan, imbangan tenaga perlu diambil kira dalam pemilihan diet. Imbangan tenaga akan tercapai apabila kalori yang diambil sama dengan kalori yang dibakar. Seseorang akan kehilangan berat badan apabila pembakaran kalori melebihi pengambilan.

Bagi mereka yang tidak begitu aktif seperti pekerja pejabat, secara umum jumlah kalori yang diperlukan adalah 2000 sehari. Jumlah sebenar bergantung kepada umur, ketinggian dan berat badan semasa. Sekiranya jumlah kalori yang diambil berjumlah 2000 maka imbangan tenaga dicapai justeru untuk menurunkan berat badan, jumlah kalori yang diambil hendaklah kurang dari angka tersebut.

Anda perlu bakar 500 kalori/hari jika turunkan berat badan sebanyak 0.45 kg (1 paun) seminggu, justeru had jumlah kalori yang boleh diambil adalah 1500 sehari. Namun perlu diingat bahawa pengambilan kalori paling minima setiap hari adalah 1200 untuk wanita dan 1600 untuk lelaki. Sekiranya jumlah kalori yang diambil berlebihan, ianya perlu dibakar dengan membuat aktiviti fizikal.

Berikut disenaraikan beberapa aktiviti fizikal dan jumlah kalori yang dibakar:

  • Basuh kereta 1 jam: 346 kalori
  • Berjalan dengan kelajuan 3kmj selama setengah jam: 100 kalori
  • Berjalan dengan kelajuan 6kmj selama setengah jam: 185 kalori
  • Menari rentak perlahan selama 1 jam: 250 kalori
  • Buat kerja rumah 1 jam: 250 kalori
  • Baling dan pungut mainan piring terbang selama 1 jam: 250 kalori

Bagaimana pula dengan kalori yang terkandung dalam makanan Malaysia? Disenaraikan beberapa makanan dan jumlah kalorinya:

  • 1 pinggan nasi lemak (nasi sahaja): 100 – 400 kalori
  • 1 keping roti canai (tanpa kuah kari): 100 – 400 kalori
  • 1 pinggan nasi goreng dengan telor, ayam dan sayur: 600 kalori
  • 3 ketul ayam goreng, sayur coleslaw, kentang lenyek dan sebuku roti bun: 600 kalori
  • 1 mangkuk mee kari: 410 – 600 kalori
  • 1 pinggan nasi beriyani (nasi aje): 401 – 600 kalori
  • 1 pinggan kuew teow goreng: 100 – 400 kalori
  • 1 keping capati (tanpa kuah kari): 100 – 400 kalori
  • 1 pinggan bihun goreng: 100 – 400 kalori
  • 1 biji burger keju: 100 – 400 kalori
  • 1 keping keropok lekor: 90 kalori
  • 1 ketul kari ikan: 160 kalori
  • 1 ketul ayam rendang: 200 kalori
  • 1 ketul ayam goreng: 280 kalori
  • 1 senduk kari daging: 150 kalori
  • 1 senduk sambal bilis: 50 kalori

Haa, sebelum tepuk dada tanya selera, buat dulu kira-kiranya….. itu pun kalau nak turunkan berat badan.!!!

Muat turun kalendar kalori makanan KKM di sini.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.
Tags:

Komen Anda: