Kenapa Kita Mempunyai Berat Badan Berlebihan?

Sunday, May 5, 2013 12:08
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Kenapa kita mempunyai berat badan berlebihan? Setiap orang mempunyai jawapan yang berbeza, jawapan lazim adalah:

  • Makan terlalu banyak.
  • Kurang bersenam.
  • Kadar metabolisme yang rendah.
  • Badan menyimpan air.
  • Selalu makan lewat malam.
  • Selalu makan sambil menonton TV.
  • Pemakanan yang tidak betul.

Sangat mudah untuk berkata, “saya akan kuruskan badan dan kekalkannya.” Realitinya bila kita ambil kalori lebih dari yang digunakan, badan kita akan menyimpan lemak. Soalnya adakah kita benar-benar komited untuk mengubah gaya hidup kita, mengamalkan tabiat hidup sihat dan selalu bersenam. Apabila berat badan dah bertambah, agak sukar untuk menurunkannya. Namun begitu masih ada harapan.

Kebanyakan orang telah mencuba pelbagai diet, seperti diet penurunan berat badan yang cepat dengan harapan untuk kuruskan badan, tetapi gagal untuk menurunkan berat badan. Mengapa? Kerana diet segera bukanlah jawapannya. Fikirkan sejenak, kita tidak mendapat berat badan sekarang dalam masa seminggu, tetapi secara beransur-ansur, bukan? Oleh itu, kita boleh kuruskan badan secara beransur-ansur dan mengelakkan pertambahan berat badan. Inilah sebabnya mengapa ia begitu sukar untuk kuruskan badan dan kekal langsing dengan diet kehilangan berat badan segera. Sebahagian daripada diet tersebut begitu melampau, yang membuatkan anda berasa lapar, lemah, dan akhirnya daripada menggalakkan tabiat makan yang sihat untuk kuruskan badan, anda akhirnya menipu dan makan untuk memenuhi keinginan makan anda.

Berbalik kepada soalan kenapa berat badan kita berlebihan? Faktornya seperti yang telah disenaraikan tadi. Kadang-kadang kita makan berlebihan disebabkan emositi, kita kaitkan makan dengan menenangkan perasaan – pernah dengar? Memang kita rasa OK bila makan, tapi ini bukan jawapan untuk menenangkan perasaan. Kebimbangan dapat mendorong kita untuk makan lebih dan melihat makanan sebagai penenang yang ideal.

Bagaimana nak mengatasi masalah berat badan berlebihan?

  1. Kaji tabiat makan anda, jika perlu minta nasihat doktor sebelum memulakan sebarang program pemakanan atau senaman.
  2. Simpan rekod apa yang anda makan setiap hari. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air, minum teh hijau untuk meningkatkan metabolisme, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar, elakkan makanan ringan dan makanan bergula.
  3. Katakan tidak bila diminta tambah lagi makanan.
  4. Ambil ketetapan yang tegas dan sentiasa bersikap positif untuk menurunkan berat badan yang berlebihan, gambarkan diri anda yang baru.
  5. Hubungi rakan-rakan yang akan menggalakkan anda untuk mengurangkan berat badan dan memberi motivasi kepada anda apabila anda merasa eidak bersemangat. Akan sentiasa ada orang yang sedia membantu anda.

Apabila anda rasa nak makan kerana bimbang atau risau, fikir dua kali. Berhenti seketika dan tanya diri sendiri, “saya benar-benar lapar atau hanya alasan emosi?” Daripada makan mengikut hati, cuba minum air atau minum secawan teh hijau, keluar berjalan-jalan, atau hubungi salah seorang daripada rakan-rakan anda untuk mendapat motivasi.

Ingat, anda tidak keseorangan, terdapat ramai orang yang cuba untuk kuruskan badan. Membantu antara satu sama lain adalah cara yang paling baik. Ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan, anda juga boleh! Percaya pada diri sendiri, anda adalah seorang yang istimewa.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: