Makanan Mengenyangkan Untuk Bantu Kuruskan Badan
Friday, September 19, 2014 10:14Ada banyak sebab untuk masukkan kacang dalam senarai membeli-belah makanan menurunkan berat badan. Pertama, kacang mengandungi serat yang tinggi, dan apa-apa makanan yang tinggi serat akan mengenyangkan, kata Dr. Christine Gerbstadt, pengarang buku “Doctor’s Detox Diet”. Kacang juga merangsang pengeluaran hormon usus Kolesistokinin (CCK), yang merupakan penahan selera semulajadi. Dalam kajian ke atas haiwan, penyelidik di Fakulti Perubatan Veterinar Davis, Universiti California mendapati tikus mengambil makanan yang kurang apabila diberi CCK. Rebusan (stew) berasaskan kapsikum atau kacang akan membuat anda kenyang tanpa menambahkan berat badan.