Makanan Mengenyangkan Untuk Bantu Kuruskan Badan

Friday, September 19, 2014 10:14
Pos Dalam Kategori Cara Makan Sihat

cara kuruskan badan
Nikmati Ikan Salmon

Mengapa perlu masukkan salmon dalam senarai makanan untuk kuruskan badan? Antara faedah kesihatannya yang banyak, salmon mengandungi banyak protein. Para penyelidik di Universiti Purdue mendapati bahawa lelaki yang cuba menguruskan badan berasa kenyang lebih lama apabila mereka makan protein dengan lebih tinggi pada setiap waktu makan. Para peserta, yang diberikan diet rendah kalori dan tinggi protein, juga dilaporkan kurang rasa ingin makan di sepanjang hari dan tidak ingin kepada makanan ringan yang tidak sihat pada lewat malam.

Makanan yang kaya dengan protein mengenyangkan kerana “protein dimetabolismekan lebih perlahan daripada lemak atau karbohidrat,” jelas Dr Gerbstadt. Bukan sahaja salmon makanan yang baik untuk kuruskan badan, tetapi ikan air sejuk ini juga merupakan sumber lemak yang menyihatkan jantung, yang dikenali sebagai omega-3. Cuba ikan salmon bakar atau panggang – anda boleh makan sebanyak 3 auns untuk makan malam dan serpihkan lebihan ke atas salad sayur-sayuran untuk makan tengah hari pada hari berikutnya.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks

Muka surat: 1 2 3 4 5 6 7 8 9

You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: