Makanan Mengenyangkan Untuk Bantu Kuruskan Badan

Friday, September 19, 2014 10:14
Pos Dalam Kategori Cara Makan Sihat

cara kuruskan badan
Nikmati Telor

Kajian terbaru memasukkan telur yang kaya dengan protein di dalam senarai makanan yang membantu orang ramai menguruskan badan. Dalam satu kajian selama lapan minggu di Pusat Penyelidikan Bioperubatan Pennington, Baton Rouge, Louisiana dan di Universiti Saint Louis, Missouri, lelaki dan wanita gemuk yang makan dua biji telur untuk sarapan kehilangan lebih banyak berat berbanding mereka yang makan roti bagel. Apa yang membuat telur pilihan makanan yang baik untuk menurunkan berat badan? Dr. Kantor berpendapat mungkin disebabkan ia memerlukan lebih banyak tenaga untuk memecahkan protein daripada kanji, yang terkandung dalam kebayakan makanan sarapan pagi termasuk roti bagel, bijirin, dan mufin. Jika anda bimbang tentang kolesterol tinggi, makan lebih banyak putih daripada kuning telur. Tambah putih telur dalam salad anda untuk protein rendah kalori – putih telur purata mempunyai hanya-hanya kira-kira 15 kalori – atau bila anda perlu makan di antara waktu makan, cuba putih telur sebagai makanan ringan, boleh cuba  makan putih telur dengan timun, sedikit garam dan lada hitam.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks

Muka surat: 1 2 3 4 5 6 7 8 9

You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: