Makanan Mengenyangkan Untuk Bantu Kuruskan Badan

Friday, September 19, 2014 10:14
Pos Dalam Kategori Cara Makan Sihat

Cara kuruskan badan

Jamu Kekacang

Kacang boleh menjadi makanan hebat untuk kuruskan badan jika anda kawal jumlah yang dimakan. Antara perkara positif tentang kekacang, ia kaya dengan protein dan serat, yang membuatnya mengenyangkan. Tetapi ia juga mengandungi lemak yang tinggi, yang diterjemahkan kepada tambahan kalori. Namun begitu lemak dalam kekacang adalah lemak yang sihat. “dan kita memang memerlukan lemak di dalam makanan kita, jadi lemak yang sihat adalah pilihan yang terbaik,” kata Gerbstadt. Jika anda sedang amalkan diet untuk kuruskan badan, hadkan pengambilan kekacang kepada hanya segenggam – ia mengandungi kira-kira 150 kalori bagi setiap aun. Penyelidik di Universiti Barcelona melaporkan bahawa mereka yang mengikuti diet 12 minggu, yang mengandungi segenggam kekacang campuran, merekodkan tahap serotonin yang lebih tinggi, yang merupakan hormon yang boleh mengurangkan selera makan, berbanding mereka yang tidak makan kekacang. Masukkan makanan yang meningkatkan kadar kuruskan badan ini dalam diet sepanjang hari anda. Untuk sarapan pagi, sapu nipis satu sudu mentega kacang atau mentega badam pada sekeping roti gandum bakar. Taburkan hirisan badam ke atas kacang hijau kukus untuk makan malam.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks

Muka surat: 1 2 3 4 5 6 7 8 9

You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: