Makanan Mengenyangkan Untuk Bantu Kuruskan Badan

Friday, September 19, 2014 10:14
Pos Dalam Kategori Cara Makan Sihat

cara kuruskan badan

Pilih Bertih Jagung

Perut anda lebih lambat daripada otak anda – ia mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk hormon pencernaan menghantar isyarat ke otak anda bahawa anda sudah kenyang. Itulah salah satu sebab bertih jagung berada di kedudukan tinggi dalam senarai Gerbstadt untuk makanan yang boleh membantu anda kuruskan badan: Masa yang lama diperlukan untuk makan bertih, dan semakin perlahan anda makan, semakin besar kemungkinan anda merasa kenyang sebelum anda terlebih makan. Bertih adalah juga satu sumber serat yang baik, menjadikannya makanan mengenyangkan juga. Gunakan pembuat bertih udara panas dan anda akan kurangkan lemak dan juga kalori, kata Gerbstadt. Jika anda sedang mencari makanan yang boleh membantu untuk kuruskan badan, bertih kurang lemak yang boleh dimasak dengan ketuhar gelombang mikro juga adalah pilihan yang baik. Beberapa jenama menjual bertih mereka sebagai pek 100 kalori, pilihan snek yang baik apabila anda sedang memilih makanan untuk kuruskan badan.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks

Muka surat: 1 2 3 4 5 6 7 8 9

You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: