Obesiti, Lemak dan Kolesterol 2

Saturday, June 18, 2011 9:31
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Lemak Tidak Baik – Terdapat dua jenis lemak yang anda perlu kurangkan pengambilannya iaitu lemak tepu dan lemak trans.

Lemak Tepu: Kebanyakan lemak tepu adalah lemak haiwan. Ia terdapat di dalam daging, produk tenusu, kulit ayam, kulit itik dan lain-lain ternakan, dan kuning telur. Santan kelapa mempunyai jumlah lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu meningkatkan kedua-dua kolesterol baik dan jahat.

Lemak Trans: Lemak trans dihasilkan melalui hidrogenasi – proses memanaskan minyak bersama oksigen. Kebanyakan produk mengandungi lemak trans kerana ia membantu memanjangkan tempoh hayat produk tersebut. Marjerin mengandungi lemak trans yang tinggi. Lemak trans sangat berbahaya kerana ia mengurangkan kolesterol baik (HDL) dan menaikkan kolesterol jahat (LDL). Maklumat kandungan lemak tepu dan lemak trans dalam produk boleh didapati di label nutrien.

Lemak Baik – terdapat dua jenis, lemak tidak tepu berganda (polyunsaturated) dan lemak tidak tepu tunggal (monounsaturated)

Lemak Polyunsaturated: terdapat di dalam minyak bunga matahari, jagung, dan soya. Minyak ini mengandungi Omega-6, asid lemak yang penting. Namun begitu kebanyakan orang mendapatkan cukup Omega-6 dari diet mereka, mereka memerlukan lebih Omega-3. Omega-3 adalah asid lemak yang ditemui dalam ikan dan kacang walnut.

Lemak Monounsaturated: terdapat dalam bunga canola, kacang tanah, dan minyak zaitun.

Kedua-dua jenis lemak tak tepu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Walaupun lemak tak tepu dapat memperbaiki kadar kolesterol, tak perlulah anda pulun sakan minyak zaitun, marjerin lembut dan kacang. Lemak dalam bentuk apapun tidak mengandungi kalori, dan jika anda cuba untuk menurunkan berat badan, ambil lemak secara sederhana dan elakkan dari mengambil lemak tepu.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: