Pemakanan Seimbang – Makanan Pelbagai Warna

Saturday, August 6, 2011 12:51
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Kita perlu memperbagaikan warna makanan atau diet kita kerana  mereka mempunyai vitamin dan mineral yang berbeza. Begitulah saranan dari Persatuan Jantung Amerika. Mari kita lihat warna yang harus ada dalam diet kita setiap hari.

Merah - Buah-buahan dan sayur-sayuran merah mengandungi nutrien yang membantu menjaga kesihatan jantung dan saluran kencing. Mereka juga membantu ingatan dan mengurangkan risiko mendapat beberapa jenis kanser. Bila bercakap tentang merah, pilih antaranya epal, ceri, strawberi, tomato, lada merah, dan lobak merah.

Kuning / Oren - Buah-buahan dan sayur-sayuran kuning dan oren mengandungi antioksidan yang memelihara jantung, penglihatan, dan sistem imun yang sihat. Buah-buahan dan sayuran kuning dan oren termasuk aprikot, lemon, pic, tembikai, labu, karot dan ubi keledek.

Hijau – Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat. Pilih makanan seperti anggur hijau, brokoli, avokado, bayam, epal hijau dan limau.

Biru / Ungu - Buah-buahan dan sayur-sayuran biru dan ungu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan menjaga kesihatan saluran kencing anda. Mereka juga membantu mengekalkan fungsi ingatan anda. Beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran  biru dan ungu yang lazat termasuk beri hitam, beri biru, kismis, plum, terung, dan kubis ungu.

Putih – Makanan putih menggalakkan kesihatan jantung anda, dan jika anda sudah mempunyai kolesterol yang sihat, mereka akan membantu mengekalkan tahap tersebut. Pisang, pear, kubis bunga, cendawan, dan bawang putih adalah pilihan lazat yang boleh anda masukkan ke dalam pelan atau program diet anda.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pemakanan Seimbang – Makanan Pelbagai Warna”

Komen Anda: