Pemakanan Seimbang – Saranan Persatuan Jantung Amerika

Saturday, July 30, 2011 12:18
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Persatuan Jantung Amerika menyarankan anda makan pelbagai jenis makanan dari kumpulan makanan yang berlainan. Seorang wanita yang ingin menurunkan berat badan sebanyak 1-2 paun seminggu, mereka perlu mengambil antara 1,200 hingga 1,500 kalori sehari. Lelaki perlu mengambil antara 1,500 hingga 1,800 kalori sehari jika mereka ingin menurunkan 1-2 paun seminggu. Mari kita lihat kumpulan makanan yang berlainan, yang perlu kita ambil seperti dicadangkan oleh Persatuan Jantung Amerika.

Daging, Ayam, Ikan – Anda perlu ambil tidak lebih daripada 6 aun daging, ayam, dan ikan setiap hari. Potongan daging ayam tanpa lemak dan ikan mempunyai kalori yang kurang daripada daging berlemak. Jika hendak memakan daging, carilah potongan daging tanpa lemak.

Roti, Bijirin, Kanji – Kumpulan makanan ini termasuk roti, bijirin, pasta, beras, dan sayur-sayuran berkanji seperti kentang dan jagung. Anda boleh mengambil enam hidangan sehari daripada kumpulan makanan ini. Saiz sajian 1 keping roti, 1 cawan bijirin dan 1cawan beras, pasta, atau ¼ hingga ½ cawan sayuran berkanji. Anda perlu ingat di sini, bahawa bijirin penuh adalah yang terbaik. Jika boleh, pilih roti gandum penuh, beras perang, dan pasta gandum penuh dan bukannya gandum atau beras putih yang telah dilucutkan nutrien dan seratnya.

Sayur-sayuran dan Buah-buahan – Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah bahagian penting dalam diet anda kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien. Anda boleh mengambil lima atau lebih hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Saiz sajian ½ cawan hingga 1 cawan sayur-sayuran yang dimasak dan mentah, ½ cawan jus buah-buahan, atau satu keping sederhana buah-buahan.

Produk Tenusu – Jika anda menyukai produk tenusu, berita baik. Anda masih boleh memakannya dan menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, pilih produk rendah lemak atau bebas lemak. Ia mengandungi vitamin dan mineral yang sama, rasa sedap, dan pada masa yang sama mengurangkan paras kolesterol anda. Orang dewasa yang berumur antara 19-50 perlu mengambil tiga hidangan produk tenusu setiap hari. Satu hidangan tenusu terdiri dari 1 cawan susu tanpa lemak atau rendah lemak, 1 cawan yogurt tanpa lemak atau rendah lemak, 1 aun keju rendah lemak (jauhkan diri dari keju bebas lemak – ia mempunyai natrium yang terlalu banyak ) atau ½ cawan keju cottage rendah lemak.

Lemak – Anda perlu ambil tidak lebih daripada lima hidangan lemak sehari dalam bentuk minyak, kacang, biji, buah zaitun, avokado dan mayonis. Hidangan lemak termasuk satu sudu teh minyak, tiga sudu kacang atau bijirin, 5-10 biji buah zaitun, 1 / 8 buah avokado dan dua sudu teh mayonis. Jika anda suka rasa mentega pada sayur-sayuran anda, gunakan semburan mentega bebas lemak tiruan. Rasanya benar-benar tidak banyak berbeza.

Anda juga perlu berusaha untuk merampaikan warna makanan anda. Kita akan sambung mengenainya di minggu hadapan.

“SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA RAMADHAN” kepada muslimin dan muslimat semua.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pemakanan Seimbang – Saranan Persatuan Jantung Amerika”

  1. farida says:

    April 23rd, 2012 at 8:05 pm

    saya setuju bahawa kesihatan terletak pada penjagaan makanan

Komen Anda: