Pengiraan Lemak Badan dan Kesihatan

Thursday, December 27, 2012 21:39
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Semakin tinggi peratusan lemak berbanding paras purata, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit yang berkaitan dengan berat badan, seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, batu karang, diabetes jenis 2, osteoartritis, dan kanser tertentu. Juga, semakin tinggi peratusan lemak (dan peratusan otot yang lebih rendah) semakin kurang kalori yang anda perlu untuk mengekalkan berat badan anda justeru ia lebih mudah untuk menambah berat badan. Ini disebabkan otot adalah lebih aktif dari segi metabolisme berbanding tisu lemak.

Peratusan Lemak Badan dan Jisim Otot Tanpa Lemak

Bagi bentuk badan yang ideal, jumlah lemak badan adalah kira-kira 15% – 18% daripada berat badan untuk lelaki dan 18% – 22% untuk wanita. Baki “berat tanpa lemak” badan terdiri daripada air (55% – 60%), otot dan lain-lain tisu tanpa lemak (10% – 20%), dan tulang dan mineral (6% – 8%). Dalam erti kata lain, seorang wanita yang berat 70 kg yang mempunyai peratusan lemak badan dalam lingkungan 22% akan mempunyai kira-kira 15 kg lemak, 40 kg berat terdiri terutamanya daripada air, 10 kg otot dan tisu tanpa lemak yang lain, dan 5 kg tulang dan mineral.

Sekarang kita ambil contoh wanita lain yang beratnya 70 kg tetapi mempunyai 30% lemak di badannya. Dia akan mempunyai 21 kg lemak di badannya, dan seluruh berat badannya akan dibahagikan antara otot, tulang dan air. Komposisi badan bukan lemak beliau mungkin kelihatan seperti ini, 37 kg air (53%), 8 kg otot (11%), dan 4 kg tulang dan mineral (6%). Kedua-dua wanita beratnya 70 kg dan dengan ketinggian yang hampir sama, tetapi kelihatan berbeza kerana seorang dari mereka mempunyai tubuh yang kurang lemak.

Cara Mengira Peratusan Lemak Dalam Badan

Peratusan lemak badan secara umumnya diterima sebagai ukuran yang lebih baik untuk kemajuan dalam penurunan berat badan berbanding alat timbang. Satu dari cara untuk menganggarkan peratusan lemak badan adalah menggunakan Kaedah Lilitan Tentera Laut Amerika (KLIK DI SINI).

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: