Senaman Angkat Berat

Sunday, June 10, 2012 12:18
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Bagi mereka yang inginkan senaman yang lebih lasak, pilihan yang baik adalah senaman angkat berat di mana senaman untuk membina otot dan sistem kardiovaskular digabungkan. Senaman angkat berat memejalkan otot dan meningkatkan metabolisme anda, yang membantu badan anda membakar lebih banyak kalori bukan sahaja ketika membuat senaman, tetapi juga ketika anda sedang tidur. Senaman angkat berat menterbalikkan penurunan semula jadi metabolisme anda, yang bermula sekitar usia 30 tahun, oleh itu ini adalah sesuatu yang wajar difikirkan oleh mereka yang telah mencapai umur tersebut. Angkat berat memerlukan banyak tenaga, dan senaman penuh menggerakkan hampir semua 650 otot di dalam badan anda. Dari sudut manfaat jangka panjang, senaman angkat berat menguatkan tulang, yang boleh mengurangkan risiko mendapat osteoporosis. Ini sememangnya kebimbangan yang amat besar di kalangan wanita, memandangkan osteoporosis lebih banyak melibatkan wanita berbanding lelaki.

Ramai wanita yang bimbang bahawa senaman angkat berat akan menjadikan mereka bersusuk besar seperti lelaki; perlu diingat bahawa lelaki dan wanita mempunyai struktur otot yang berbeza, oleh itu senaman angkat berat tidak akan menyebabkan otot besar bagi wanita, hanya otot pejal. Senaman angkat berat bukan sahaja rutin yang membuatkan anda kuat, malah ia adalah satu rutin yang melatih badan untuk membina otot dan bukannya lemak, menghilangkan stres dari bahagian utama badan seperti pinggang, membuat anda kurang terdedah kepada kecederaan di bahagian tersebut. Memandangkan tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah satu kebimbangan besar untuk mereka yang obes, ia adalah berita baik bahawa senaman angkat berat mengurangkan tekanan darah rehat anda. Senaman angkat berat juga telah terbukti dapat meningkatkan tahap kolesterol HDL, yang biasanya dirujuk sebagai kolesterol baik. Tahap kesihatan pasti bertambah baik melalui senaman angkat berat.

Langkah terbaik untuk bermula adalah membuat pelan, yang mungkin melibatkan menyertai gimnasium di mana anda boleh pergi untuk melakukan senaman, atau membeli sistem senaman rumah yang menggunakan rintangan dan bukan pemberat tetapi menghasilkan keputusan yang sama. Anda perlu menilai anda tergolong dalam jenis mana, dan membuat keputusan yang sesuai dengannya. Jika anda suka keluar untuk senaman harian anda, suka kepada perubahan dalam persekitaran dan mendapat manfaat dari orang lain yang turut mengikuti senaman, maka anda mungkin mahu memilih untuk menjadi ahli gimnasium. Walau bagaimanapun, jika anda tahu anda adalah jenis yang suka bekerja bersendirian dan tidak akan melakukan senaman melainkan di rumah sendiri di mana anda tidak perlu untuk berpakaian dan keluar, maka sistem gimnasium rumah adalah pilihan untuk anda. Hanya anda yang boleh membuat penilaian untuk diri sendiri. Sistem gimnasium rumah termasuk beberapa sistem popular seperti CrossBar dan BowFlex. Terdapat banyak sistem senaman rumah yang berkualiti, tetapi tiada yang berkesan jika tidak digunakan, jadi pastikan anda kekal fokus dan setia dengan pelan anda.

Apa pun pelan senaman yang anda pilih, adalah baik untuk memulakan hari anda dengan bersenam, setiap pagi. Badan kita dicipta untuk menjadi aktif setiap hari, dan apabila senaman dilakukan pada waktu pagi, kemungkinan untuk kita melakukannya secara konsisten adalah lebih tinggi. Jadikan senaman anda seseronok yang mungkin. Pertimbangkan untuk menggunakan muzik, mendengar CD buku, atau menonton televisyen semasa senaman anda, bergantung kepada jenis dan lokasi senaman anda. Sebagai contoh, jika anda berjalan, anda mungkin mahu mendapatkan pemain CD yang bagus untuk mendengar muzik atau buku-buku. Jika anda melakukan senaman di dalam rumah, anda mungkin mahu pasang televisyen atau stereo supaya anda boleh menonton atau mendengar semasa bersenam. Apa sahaja yang anda lakukan, jadikan senaman anda sesuatu yang anda nantikan setiap hari.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: