Senaman Untuk Kuruskan Badan

Sunday, March 25, 2012 13:55
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Senaman penting untuk menghilangkan berat badan yang berlebihan dan mengawalnya. Tubuh kita dicipta untuk menjadi aktif, dan gaya hidup zaman ini yang kurang aktif menjadikannya satu cabaran kepada semua. Pekerja kolar putih merupakan sebahagian besar dari tenaga kerja, dan mereka mendapat senaman yang sangat sedikit setiap hari. Jika anda termasuk di dalam kategori ini, usaha bersepadu perlu dibuat untuk memastikan regimen senaman yang diikuti mampu memberikan anda tahap aktiviti yang akan menyediakan jumlah aktiviti yang diperlukan untuk kekal sihat dan mengelakkan obesiti.

Ramai yang suka mengelak dari bersenam, menonjolkannya sebagai satu tugas yang amat sukar yang akan membuat mereka hilang tenaga dan sakit otot. Ia tidak patut berlaku dan tidak seharusnya begitu. Regimen senaman yang berkesan tidak semestinya mengandungi senaman lasak. Mana-mana senaman kardiovaskular, yang boleh meningkatan kadar degupan jantung untuk sekurang-kurangnya setengah jam, akan melakukan keajaiban untuk badan anda. Anda hanya perlu berjalan kaki, bermula perlahan, dan tingkatkan kelajuan sehari demi sehari, adalah satu kaedah senaman yang cemerlang. Jika masa anda terhad, atau anda tinggal di lokasi di mana cuaca boleh menghalang jadual senaman anda, anda mungkin mahu membeli “treadmill” supaya anda boleh bersenam setiap hari tanpa gangguan. Menunggang basikal, sama ada basikal biasa atau yang statik, juga sama-sama berkesan. Sekali lagi, anda mungkin mahu menggunakan kedua-dua pilihan untuk menambah kepelbagaian, dan juga untuk memastikan cuaca tidak menghalang anda daripada rutin senaman harian anda. Ponteng akan menjadi satu ketagihan, dan tanpa disedari sudah berminggu anda tidak bersenam justeru elakkan diri dari perangkap tersebut.

Jika anda mempunyai anak yang tidak aktif, sama ada mereka obes atau tidak, anda seharusnya memastikan mereka terlibat dalam beberapa jenis aktiviti fizikal setiap hari. Memupuk tabiat melakukan aktiviti adalah kunci untuk mengelakkan obesiti di kemudian hari, dan mengawalnya semasa remaja. Gaya hidup tidak aktif yang dibawa oleh fenomena moden seperti terlalu banyak menonton televisyen, melayari Internet, permainan video, dan memakan makanan segera menyebabkan peningkatan obesiti yang ketara di kalangan kanak-kanak. Ambil tahu mengenai gaya hidup anak-anak anda dan galakkan mereka melalukan aktiviti selain dari melekat di hadapan layar. Galakkan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain untuk beberapa jam sehari, sebaik-baiknya melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang teratur. Ia adalah satu tabiat yang mereka akan bawa bersama mereka ketika dewasa dan mendapat manfaat darinya di sepanjang hidup mereka.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.
Tags:

One Response to “Senaman Untuk Kuruskan Badan”

  1. Jenis senaman untuk kuruskan badan | Blog Ibu Mengandung says:

    April 17th, 2012 at 8:44 pm

    [...] >>     http://carakuruskanbadan.com/senaman-untuk-kuruskan-badan.html [...]

Komen Anda: