Soda Diet Meningkatkan Risiko Diabetes

Tuesday, February 12, 2013 17:08
Pos Dalam Kategori Berita

Satu lagi kajian mengesahkan apa yang dipercayai ramai selama ini: Diet soda (minuman berkarbonat dengan pemanis tiruan) meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetes jenis 2. Kajian yang akan diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, telah dijalankan oleh Institut Kebangsaan Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Perancis yang melibatkan 66,118 wanita pertengahan umur yang tabiat pemakanan dan kesihatan dikesan dari 1993 hingga 2007. Keputusan yang tak diduga adalah mereka yang meminum minuman ringan diet (diet soda), mempunyai risiko lebih tinggi mendapat diabetes jenis 2 berbanding mereka yang meminum minuman berkarbonat biasa.

Dengan kata lain, meminum minuman yang mengandungi pemanis tiruan akan membuat anda mengidam makanan manis yang lain. Badan anda akan bertindakbalas kepada aspartame – juga dikenali sebagai Nutrasweet dan Equal – sebagaimana badan anda bertindak balas kepada gula biasa.

Sumber: Yahoo News (Healthy Living – Feb 8, 2013)

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.
Tags:

Komen Anda: