Syarikat Diet Membayar Kos Penyelesaian 900K

Sunday, December 9, 2012 18:33
Pos Dalam Kategori Berita

SAN FRANCISCO (AP) – Sekumpulan pendakwaraya California, USA mengatakan mereka telah mencapai penyelesaian dengan syarikat penurunan berat badan yang mendakwa pengguna boleh menurunkan berat badan dengan menabur apa yang dipanggil “diet taburan” ke atas makanan mereka.

Pendakwaraya daripada sembilan daerah California mengumumkan pada Isnin (19 Nov 2012) bahawa Produk Sensa dan syarikat induknya, Intelligent Beauty Inc., akan membayar lebih daripada US$ 900.000 untuk menyelesaikan tindakan undang-undang ke atas pengiklanan palsu.

Pendakwa mengatakan Sensa telah mengiklankan bahawa penurunan berat badan melalui diet mereka telah terbukti secara klinikal melalui apa yang didakwa kajian klinikal terbesar pernah dijalankan, tetapi seorang pakar bebas berkata kajian tersebut tidak memenuhi piawaian saintifik yang dipercayai.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian, Sensa tidak mengakui kesalahan, tetapi syarikat itu mengeluarkan kenyataan menyatakan mereka menyokong produk penurunan berat badan mereka.

Pendakwa mengatakan wang penyelesaian akan membantu membayar kos penguatkuasaan undang-undang perlindungan pengguna dan juga gantirugi kepada pengguna.

Sumber: Associated Press – Tue, Nov 27, 2012

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.
Tags:

Komen Anda: