Tips Menurunkan Berat Badan

Saturday, July 23, 2011 11:41
Pos Dalam Kategori Cara Kuruskan Badan

Dalam posting sebelum ini saya telah berikan beberapa program diet yang popular di pasaran. Sebelum anda memilih mana-mana program diet yang ingin dicuba dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan anda, penting untuk anda mengetahui beberapa maklumat asas yang boleh dijadikan panduan untuk memilih program untuk menurunkan berat badan.

Apa yang perlu anda makan jika anda ingin menurunkan berat badan? Majoriti mereka yang gemuk makan terlalu banyak, dan mereka makan terlalu banyak makanan yang tidak baik. Namun begitu, walaupun anda makan makanan yang baik, anda mungkin makan berlebihan dari yang badan perlukan. Jadi, anda perlu tahu apa yang boleh anda makan, dan kedua, anda perlu belajar bagaimana untuk mengetahui bila perut anda dah penuh dan bila anda benar-benar lapar.

Juga penting untuk diingat bahawa berat badan perlu diturunkan secara beransur-ansur. Jangan mengharapkan keajaiban dalam sekelip mata seperti yang dijanjikan oleh sesetengah program diet popular. Apabila anda mula berdiet, anda mungkin akan kehilangan banyak berat air, justeru pada mulanya anda mungkin akan kehilangan berat badan yang banyak. Tetapi, jika anda melakukannya dengan betul, penurunan berat badan akan bertambah perlahan kepada purata 1-2 paun seminggu. Kajian telah menunjukkan bahawa anda hanya boleh kehilangan tiga paun lemak setiap minggu, jadi apa-apa penurunan berat badan yang lebih dari itu adalah kehilangan air atau kehilangan otot, yang anda perlu jauhkan.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Tips Menurunkan Berat Badan”

  1. antojahirds says:

    July 23rd, 2011 at 2:10 pm

    Teri kasih atas saran anda yang kemarin,itu membuat saya berhalin menurunkan berat badan saya.!

Komen Anda: