Penurunan Sederhana Berat Badan Boleh Memperolehi Manfaat Kesihatan Berpanjangan

Saturday, August 18, 2012 13:55
Pos Dalam Kategori Berita

Khamis, 2 Ogos – Menurut satu kajian baru penurunan berat badan, walaupun sederhana, boleh memberikan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes faedah kesihatan penting yang sangat bernilai.

Kajian tersebut melibatkan 3,000 orang yang mempunyai berat badan berlebihan dengan toleransi glukosa terganggu – keadaan pra-diabetes – yang tidak diberi ubat tetapi ditunjukkan bagaimana untuk mengubah tingkah laku mereka.

Strategi tingkah laku yang digunakan oleh para peserta untuk membantu mereka menurunkan berat badan termasuk mencatat semua yang mereka makan, mengurangkan jumlah makanan yang tidak menyihatkan yang mereka simpan di rumah mereka dan meningkatkan jumlah aktiviti fizikal mereka.

Penurunan berat badan walaupun sederhana – purata 14 paun – mengurangkan risiko penyakit diabetes jenis 2 sebanyak 58 peratus. Dan manfaat kesihatan penurunan berat badan ini bertahan sehingga 10 tahun, walaupun berat badan mereka bertambah semula, kata penulis kajian Rena Wing, profesor psikiatri dan tingkah laku manusia di Universiti Brown di Providence, Rhode Island, Amerika Syarikat.

Kajian itu dijadualkan untuk pembentangan pada mesyuarat tahunan Persatuan Psikologi Amerika di Orlando, Florida.

“Membantu orang mencari jalan untuk menukar cara makan dan aktiviti mereka serta membuat intervensi selain ubat untuk memperkukuhkan gaya hidup sihat telah membuat perbezaan yang besar dalam mencegah salah satu masalah kesihatan utama di negara ini,” Wing, yang juga merupakan pengarah Kawalan Berat Badan dan Pusat Penyelidikan Diabetes di Hospital Miriam di Providence, dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar persatuan.

“Penurunan hanya 10 peratus daripada berat badan seseorang … juga telah terbukti mempunyai kesan jangka panjang pada apnea tidur (gangguan pernafasan ketika tidur), tekanan darah tinggi dan kualiti hidup, dan untuk melambatkan penurunan dalam mobiliti yang berlaku apabila seseorang semakin tua,”kata beliau.

Wing kini mengetuai satu kajian 13 tahun ke atas 5,000 orang dengan diabetes jenis 2 untuk menentukan sama ada intervensi tingkah laku yang intensif boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung.

“Kami cuba untuk menunjukkan bahawa perubahan tingkah laku bukan sahaja membuat orang sihat dari segi mengurangkan faktor risiko penyakit jantung tetapi sebenarnya boleh menjadikan mereka hidup lebih lama,” katanya.

Disebabkan kajian ini telah dibentangkan pada mesyuarat perubatan, data dan kesimpulan harus dilihat sebagai permulaan sehingga ianya diterbitkan dalam jurnal ulasan-sebaya.

Kongsi melalui:
  • Facebook
  • Twitter
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • Yahoo! Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Komen Anda: